Iklan Jap!!

Saturday 27 September 2014

Tips Berpantang Selepas Bersalin Czer

Assalamualaikum semua.

Entry yang lepas saya dah cerita tentang bersalin secara czer. Kalau ingatkan balik macam tak percaya saya dah lalui semua tu. Baby Akid pun dah 4 bulan. Sekejap je masa berlalu. Alhamdulillah Baby Akid sangat mudah untuk dijaga sepanjang masa saya berpantang. Tak banyak ragam. Menangis pun tak cuma merengek-rengek time nak susu dan nak tidur. Sampaikan mama saya cakap anak-anak dia (kami adik beradik la tuh) takde sorang pun yang tak menangis, semua menangis tak tentu pasal. haha. Tapi cucu dia yang sorang ni baik betul, menangis pun tak. hehe. Alhamdulillah sampai umur 4 bulan ni takde la menangis sampai ibunya ni kena bersengkang mata malam-malam. Setakat ni saya memang cukup tidur la. Takde la jadi zombie time pergi kerja. hehe.


Sepanjang berpantang, ramai la yang duk sarankan makan pati ikan haruan untuk cepatkan penyembuhan luka akibat czer tapi suami saya ada tanya pendapat doktor. Doktor cakap tak berapa elok sangat sebab selepas pembedahan urat-urat kita ni jadi lembut dan banyak putus kan, so kalau minum pati haruan (pati means memang kepekatan dia tu sangat tinggi) urat-urat yang terputus tu akan bercantum rapat-rapat. Lebih kurang camtu la explanation dia. Tapi, kalau makan ikan haruan saje takpe sebab ikan haruan yang fresh ni sangat berbeza kadar kepekatannya dengan pati haruan.


So, there you go, my tips sepanjang my confinement:

1. Kering dan Bersih

Pastikan tempat luka tu dikeringkan setiap kali selepas mandi. Saya guna kipas meja. haha. Maklum aje la luka tu betul-betul di bwah pelipat perut kan. Kalau boleh jangan biarkan perut tu dengan peluh. Mesti sentiasa keringkan untuk penyembuhan pada kadar yang cepat.


2. Makan Ikan Haruan Bakar

Saya ni jenis tak boleh makan ikan air tawar ni, rasa macam hanyir. So, masa nak makan ikan haruan ni terfikir macam-macam dah. Tapi, lepas makan sekali rasa macam sedap pulak. So sepanjang 40 hari dapat la telan ikan haruan tu. hehe.


3. Makan Buah Oren

Kadang-kadang bila saya cerita dekat orang saya makan buah oren masa berpantang, mesti semua macam terkejut. Untuk pengetahuan korang, saya makan buah oren yang besar tu. Kan yang besar tu tak masam pun, manis je. Nurse yang ajar saya untuk makan buah oren, sebab buah oren kan vitamin c. Vitamin c kan elok untuk sembuhkan luka ni. So bila makan ok la untuk badan saya. Untuk part ni korang kena try dulu. Contohnya korang try makan separuh buah oren tu, tengok ada apa-apa tak komplikasi, kalau takde boleh teruskan. Kalau baby tak cirit birit means ok la tu ye. So the next day, korang try la pulak makan 1 biji buah oren tu, tengok sesuai ke tak ok? Saya amalkan 1 biji oren sehari. Dan part paling best, sembelit pun takde. =)

Dan selebihnya cara berpantang saya sama aje dengan cara berpantang bersalin normal yang lain.

Kalau rasa korang rasa tak boleh langsung nak telan ikan haruan atau makan buah oren tiap-tiap hari, korang boleh ambil supplemet. Mudah dan cepat je kan, takde la muak sangat makan yang sama tiap-tiap hari kan? hehe.



Untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran, anda boleh ambil ZINC COMPLEX dan VITAMIN C. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ye. Free consultation akan diberikan.


P/S: Saya lepas seminggu berpantang dah takde rasa apa-apa sakit taw. Sampaikan orang ingat saya bersalin normal =)


No comments:

Post a Comment