Iklan Jap!!

Tuesday 22 May 2018

Pengalaman Bersalin Secara Normal : Baby OP Position

Assalamualaikum.

Posting terakhir pasal third pregnancy, terus jump pada posting hari ni nak story pengalaman bersalin kali ketiga. Alhamdulillah berjaya normal walaupun ada la dugaan tersendiri untuk bersalin kali ni. Allah permudahkan, alhamdulillah syukur sangat-sangat. Ketakutan orang yang pernah czer macam aku ni, sudah pastinya kalau kena repeat czer kan. Sebab tu aku usaha dan doa sungguh-sungguh taknak ulang balik sejarah czer tu. Yela bila dah penah alami dua-dua, sungguh memang aku takut nak czer. Okay dah2.. meh la kita throwback sedikit 4 hari lepas punya cerita.

Alhamdulillah aku selamat bersalin pada 18 May 2018, Jumaat, 2 Ramadhan pada 38 minggu 6 hari usia kandungan. Tarikh cantik betul baby pilih ni. Hee. Camni ceritanya, aku try make it short ya.

16 May 2018

Usia kandungan 38 minggu 4 hari.

Aku pergi check up dan doc nak scan sebab 2 minggu lepas, waktu scan doc detect anak aku kecik. Lewat 2 minggu tumbesarannya. So masa scan 2 minggu lepas, sepatutnya usia baby 36 minggu 4 hari tapi doc ukur saiznya beza 2 minggu, iaitu 34 minggu ++.

So, hari ni doc scan, still beza 2 minggu. Sepatutnya usia 38 minggu 4 hari, tapi doc ukur baru 36 minggu++. Tapi xpe la, at least doc cakap ada progress tumbesaran dia daripada scan hari tu. Berat dah 2.8kg. Tapi, doc detect sesuatu yang tak okay. Air ketuban tak cukup! Bacaan normal 8- 10 kalau tak silap tapi aku punya air ketuban 8.5 camtu. So consider cket la. Doc terus la buat surat refer ke hospital. Doc cakap aku terus kena pergi ke hospital lepas balik klinik tu. Bawak terus barang ibu dan baby kot2 aku kena paksa bersalin in case air ketuban betul-betul tak cukup.

So, balik dari klinik, pick up anak sulong. Tunggu husband, terus kitorang pecut balik rumah sebab nak kemas barang-barang aku tak siap kemas lagi. Haha. Very last minute punya preparation ni. Nasib baik beg baby aku dah siapkan weekend hari tu. Last minute jugak la kan. Hee. Okay sambung cerita, sebelum ke hospital, kitorang makan dulu. Sebab dah dapat agak nanti sampai dah susah kan nak cari makan. Mesti kena tunggu lama kan. After makan gerak ke hospital. Sampai kat hospital dah maghrib. Malam tu banyak kes emergency, so lama jugak la menunggu. Dah cerita semua kat doc, kena menunggu doc pakar untuk scan. Nak confirmkan betul ke air ketuban tak cukup.

Around 11 pm, baru la doc datang and scan. Doc scan tetiba doc mengeleng kepala. Doc cakap memang tak cukup ni, siket sangat! Bacaan around 4 camtu. Bayangkan tadi dekat KK bacaan 8 sumthing kan. Tetiba ni 4 camtu. Terkejut dengar. So aku dah tau la prosedur apa aku kena hadap, confirm induce! Doc cakap esok paksa bersalin pagi. Huhu. Aku dah cuak sbb tahu camne sakit kena paksa tu. Nervous giler tapi dalam hati macam happy sebabnya tak lama dah nak jumpa baby! Hee. After scan, doc cakap nanti nak check jalan dulu kot2 dah ada jalan. Rupa-rupanya memang jalan dah terbukak walaupun aku tak rasa apa-apa lagi. Dah 2cm masa ni. So aku kena warded malam tu.


17 May 2018

Start tengah malam aku dah start rasa contraction tapi still boleh tahan lagi sebab awal-awal kan. Tak boleh satu malam tu melayan contraction. Aku dah fikir sebab ada contraction ni, so aku takyah la induce esok kan. Hee. Keesokkannya, tetiba contraction aku hilang, tak sakit langsung. Haiya kenapakah? Aku dah cuak takut jalan takde progres sbb tak de contraction kan. Takut la kena induce kan. Pagi tu doc check jalan lagi, alhamdulillah dah 3cm. So doc cakap no need induce aince jalan dah terbukak secara normal. Doc cakap nanti petang check jalan lagi. 4 cm terus masuk labor room katanya. So aku nervous campur excited tunggu 4cm. Tapi sedih contraction hilang terus! Haha. Tak rasa apa-apa sampai la petang. Doc panggil cek jalan lagi.

Doc cakap still 3 cm tapi serviks dah lembut. So doc cakap hantar terus ke labor room dan doc akan induce yang guna drip kat tangan, pitocin kalau tak silap. Tapi, oleh sebab hari tu banyak kes di labor room, aku terpaksa la tunggu labor room kosong dulu. Dari petang sampai la malam aku tak boleh masuk labor room lagi. Nasib baik la tak sakit lagi masa ni.

Doc round ward pukul 11 pm camtu, doc cakap eh kenapa tak masuk labor room lagi? So bergegas la HO n nurse call labor room nak tanya dah kosong ke labor room tu. So aku disuruh untuk prepare baju, pampers dan bedung baby. Dan aku terus ditolak ke labor room. Sampai labor room, 11 lebih. Baring dalam labor room. Tapi menunggu kedatangan doc lagi semua bizi je. Haha

18 May 2018

Pukul 12 a.m

Dah masuk hari baru sebab ni tengah malam dah. Baru la start proses nak bersalin. Means doc baru datang. Haha. Aku tak sakit lagi masa ni. Doc pecahkab ketuban. Air ketuban yang keluar terlalu sedikittt sampaikan doc macam tak percaya air ketuban dah pecah. Kesian baby ibu ni. Rupanya air ketuban tak cukup. Lepas air ketuban dipecahkan, doc uruskan urusan drip induce, doc cek jalan dah 4cm masa ni tapi still tak rasa sakit masa ni. Siap boleh bersembang dengan doc lagi.

Pukul 2.30 a.m

Aku dah sakit giler-giler masa ni. Tak tahan sangat-sangat sakit sebab induce kan. Memang la sakit. Adudu. Aku cakap kt nurse sakit sangat, nurse cakap belum lagi ni. Aku nak suruh dia cek jalan tali dia cakap doc nak cek pukul 5.15 a.m nanti. Terkejut aku dengar. Lama lagi la kena tunggu. Pastu aku merengek jugak, nurse tu pun cek la jalan. Masa ni baru 5-6 cm. Aku lupa. Haha

Pukul 3.45 - 4.00 a.m

Aku rasa contraction yang sangat-sangat sakit tak boleh tahan betul-betul kali ni. Tambahan lagi dah start rasa nak teran cket-cket. Aku bagitau dekat nurse. Aku cakap memang dah betul-betul nak teran ni. Nurse tengok dekat graf ctg tu, memang betul-betul bukaan dah besar ni katanya. Dia pun cek, alhamdulillah dah 9-10cm katanya. So dah tak lama ni. Tapi yang peliknya nurse bagitau kepala baby tak turun sekali. Ada kat atas sedikit tapi tak lama dah ni katanya. Aku tanya la kenapa jadi cmtu nurse tapi dia diam je tak tahu nak jawap apa. Dia suruh aku teran setiap kali contraction datang. Tenaga dan kurang sebab 2 malam tak tido. Ngantuk giler masa ni. Rasa flat giler-giler. Aku doa je semoga Allah permudahkan. Zikir Nabi Yunus memang aku tak tinggal masa ni.

So, nurse guide aku untuk teran. Tenaga yang aku perlukan memang melebihi daripada keperluan teran biasa sebab nak bagi kepala baby gerak ke bawah. Dengan mengantuk, tenaga dah berkurangan, memang sangat penat. Then, nurse tu minta tolong doc n nurse lain tekan perut aku daripada luar. Dalam masa yang sama, aku kena teran kuat2. Boleh bayangkan tak? Last sekali keluarlah anak yang aku tunggu-tunggu selama 9 bulan ni.

Nurse cakap, patut la dia susah nak turun sebab kedudukannya dalam keadaan kepala sedikit mendongak. Kedudukan OP position. Aku pun tak reti nak explain. Tapi korang boleh google la. Sebab aku pun google lepas bersalin. Hihi. Aku baca biasanya 25% je yang berjaya normal kalau berada di position ni. Alhamdulillah Allah bantu aku mudahkan urusan bersalin kali ni dengan kehadiran nurse yang berpengalaman tu. So nurse tersebutlah yang sambut anak aku kali ni.

Maka lahirlah baby girl yang kami tunggu ni pada 18 May 2018 pukul 5.05 pagi. So lebih kurang satu jam jugak la aku nak keluarkan baby kali ni lepas jalan dah bukak 10cm tu.  Hehe

Bila aku google lepas bersalin, terkejut baca sebab ada orang lain lebih 12 jam dalam labor room due to this baby’s position. Ada yang lebih 24jam, kiranya prolong labor la. Patut la contraction aku on off before induce tu. Memang baby susah nak turun kalau berada dalam position ni.

Okay tu je la ceritanya. Doakan baby aku boleh discharge ward sebab jaundice ni. TQ

Till then, babai.