Iklan Jap!!

Tuesday 22 May 2018

Pengalaman Bersalin Secara Normal : Baby OP Position

Assalamualaikum.

Posting terakhir pasal third pregnancy, terus jump pada posting hari ni nak story pengalaman bersalin kali ketiga. Alhamdulillah berjaya normal walaupun ada la dugaan tersendiri untuk bersalin kali ni. Allah permudahkan, alhamdulillah syukur sangat-sangat. Ketakutan orang yang pernah czer macam aku ni, sudah pastinya kalau kena repeat czer kan. Sebab tu aku usaha dan doa sungguh-sungguh taknak ulang balik sejarah czer tu. Yela bila dah penah alami dua-dua, sungguh memang aku takut nak czer. Okay dah2.. meh la kita throwback sedikit 4 hari lepas punya cerita.

Alhamdulillah aku selamat bersalin pada 18 May 2018, Jumaat, 2 Ramadhan pada 38 minggu 6 hari usia kandungan. Tarikh cantik betul baby pilih ni. Hee. Camni ceritanya, aku try make it short ya.

16 May 2018

Usia kandungan 38 minggu 4 hari.

Aku pergi check up dan doc nak scan sebab 2 minggu lepas, waktu scan doc detect anak aku kecik. Lewat 2 minggu tumbesarannya. So masa scan 2 minggu lepas, sepatutnya usia baby 36 minggu 4 hari tapi doc ukur saiznya beza 2 minggu, iaitu 34 minggu ++.

So, hari ni doc scan, still beza 2 minggu. Sepatutnya usia 38 minggu 4 hari, tapi doc ukur baru 36 minggu++. Tapi xpe la, at least doc cakap ada progress tumbesaran dia daripada scan hari tu. Berat dah 2.8kg. Tapi, doc detect sesuatu yang tak okay. Air ketuban tak cukup! Bacaan normal 8- 10 kalau tak silap tapi aku punya air ketuban 8.5 camtu. So consider cket la. Doc terus la buat surat refer ke hospital. Doc cakap aku terus kena pergi ke hospital lepas balik klinik tu. Bawak terus barang ibu dan baby kot2 aku kena paksa bersalin in case air ketuban betul-betul tak cukup.

So, balik dari klinik, pick up anak sulong. Tunggu husband, terus kitorang pecut balik rumah sebab nak kemas barang-barang aku tak siap kemas lagi. Haha. Very last minute punya preparation ni. Nasib baik beg baby aku dah siapkan weekend hari tu. Last minute jugak la kan. Hee. Okay sambung cerita, sebelum ke hospital, kitorang makan dulu. Sebab dah dapat agak nanti sampai dah susah kan nak cari makan. Mesti kena tunggu lama kan. After makan gerak ke hospital. Sampai kat hospital dah maghrib. Malam tu banyak kes emergency, so lama jugak la menunggu. Dah cerita semua kat doc, kena menunggu doc pakar untuk scan. Nak confirmkan betul ke air ketuban tak cukup.

Around 11 pm, baru la doc datang and scan. Doc scan tetiba doc mengeleng kepala. Doc cakap memang tak cukup ni, siket sangat! Bacaan around 4 camtu. Bayangkan tadi dekat KK bacaan 8 sumthing kan. Tetiba ni 4 camtu. Terkejut dengar. So aku dah tau la prosedur apa aku kena hadap, confirm induce! Doc cakap esok paksa bersalin pagi. Huhu. Aku dah cuak sbb tahu camne sakit kena paksa tu. Nervous giler tapi dalam hati macam happy sebabnya tak lama dah nak jumpa baby! Hee. After scan, doc cakap nanti nak check jalan dulu kot2 dah ada jalan. Rupa-rupanya memang jalan dah terbukak walaupun aku tak rasa apa-apa lagi. Dah 2cm masa ni. So aku kena warded malam tu.


17 May 2018

Start tengah malam aku dah start rasa contraction tapi still boleh tahan lagi sebab awal-awal kan. Tak boleh satu malam tu melayan contraction. Aku dah fikir sebab ada contraction ni, so aku takyah la induce esok kan. Hee. Keesokkannya, tetiba contraction aku hilang, tak sakit langsung. Haiya kenapakah? Aku dah cuak takut jalan takde progres sbb tak de contraction kan. Takut la kena induce kan. Pagi tu doc check jalan lagi, alhamdulillah dah 3cm. So doc cakap no need induce aince jalan dah terbukak secara normal. Doc cakap nanti petang check jalan lagi. 4 cm terus masuk labor room katanya. So aku nervous campur excited tunggu 4cm. Tapi sedih contraction hilang terus! Haha. Tak rasa apa-apa sampai la petang. Doc panggil cek jalan lagi.

Doc cakap still 3 cm tapi serviks dah lembut. So doc cakap hantar terus ke labor room dan doc akan induce yang guna drip kat tangan, pitocin kalau tak silap. Tapi, oleh sebab hari tu banyak kes di labor room, aku terpaksa la tunggu labor room kosong dulu. Dari petang sampai la malam aku tak boleh masuk labor room lagi. Nasib baik la tak sakit lagi masa ni.

Doc round ward pukul 11 pm camtu, doc cakap eh kenapa tak masuk labor room lagi? So bergegas la HO n nurse call labor room nak tanya dah kosong ke labor room tu. So aku disuruh untuk prepare baju, pampers dan bedung baby. Dan aku terus ditolak ke labor room. Sampai labor room, 11 lebih. Baring dalam labor room. Tapi menunggu kedatangan doc lagi semua bizi je. Haha

18 May 2018

Pukul 12 a.m

Dah masuk hari baru sebab ni tengah malam dah. Baru la start proses nak bersalin. Means doc baru datang. Haha. Aku tak sakit lagi masa ni. Doc pecahkab ketuban. Air ketuban yang keluar terlalu sedikittt sampaikan doc macam tak percaya air ketuban dah pecah. Kesian baby ibu ni. Rupanya air ketuban tak cukup. Lepas air ketuban dipecahkan, doc uruskan urusan drip induce, doc cek jalan dah 4cm masa ni tapi still tak rasa sakit masa ni. Siap boleh bersembang dengan doc lagi.

Pukul 2.30 a.m

Aku dah sakit giler-giler masa ni. Tak tahan sangat-sangat sakit sebab induce kan. Memang la sakit. Adudu. Aku cakap kt nurse sakit sangat, nurse cakap belum lagi ni. Aku nak suruh dia cek jalan tali dia cakap doc nak cek pukul 5.15 a.m nanti. Terkejut aku dengar. Lama lagi la kena tunggu. Pastu aku merengek jugak, nurse tu pun cek la jalan. Masa ni baru 5-6 cm. Aku lupa. Haha

Pukul 3.45 - 4.00 a.m

Aku rasa contraction yang sangat-sangat sakit tak boleh tahan betul-betul kali ni. Tambahan lagi dah start rasa nak teran cket-cket. Aku bagitau dekat nurse. Aku cakap memang dah betul-betul nak teran ni. Nurse tengok dekat graf ctg tu, memang betul-betul bukaan dah besar ni katanya. Dia pun cek, alhamdulillah dah 9-10cm katanya. So dah tak lama ni. Tapi yang peliknya nurse bagitau kepala baby tak turun sekali. Ada kat atas sedikit tapi tak lama dah ni katanya. Aku tanya la kenapa jadi cmtu nurse tapi dia diam je tak tahu nak jawap apa. Dia suruh aku teran setiap kali contraction datang. Tenaga dan kurang sebab 2 malam tak tido. Ngantuk giler masa ni. Rasa flat giler-giler. Aku doa je semoga Allah permudahkan. Zikir Nabi Yunus memang aku tak tinggal masa ni.

So, nurse guide aku untuk teran. Tenaga yang aku perlukan memang melebihi daripada keperluan teran biasa sebab nak bagi kepala baby gerak ke bawah. Dengan mengantuk, tenaga dah berkurangan, memang sangat penat. Then, nurse tu minta tolong doc n nurse lain tekan perut aku daripada luar. Dalam masa yang sama, aku kena teran kuat2. Boleh bayangkan tak? Last sekali keluarlah anak yang aku tunggu-tunggu selama 9 bulan ni.

Nurse cakap, patut la dia susah nak turun sebab kedudukannya dalam keadaan kepala sedikit mendongak. Kedudukan OP position. Aku pun tak reti nak explain. Tapi korang boleh google la. Sebab aku pun google lepas bersalin. Hihi. Aku baca biasanya 25% je yang berjaya normal kalau berada di position ni. Alhamdulillah Allah bantu aku mudahkan urusan bersalin kali ni dengan kehadiran nurse yang berpengalaman tu. So nurse tersebutlah yang sambut anak aku kali ni.

Maka lahirlah baby girl yang kami tunggu ni pada 18 May 2018 pukul 5.05 pagi. So lebih kurang satu jam jugak la aku nak keluarkan baby kali ni lepas jalan dah bukak 10cm tu.  Hehe

Bila aku google lepas bersalin, terkejut baca sebab ada orang lain lebih 12 jam dalam labor room due to this baby’s position. Ada yang lebih 24jam, kiranya prolong labor la. Patut la contraction aku on off before induce tu. Memang baby susah nak turun kalau berada dalam position ni.

Okay tu je la ceritanya. Doakan baby aku boleh discharge ward sebab jaundice ni. TQ

Till then, babai.


Thursday 7 December 2017

Third Pregnancy

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak menulis, kembali menulis sebab ni catatan paling pentimg dalam hidup. Cheewah. Tak lain tak bukan berkenaan dengan pregnancy. Nanti banyak urat-urat terputus lepas bersalin, takut la terlupa ke apa kan. Alhamdulillah sekarang ni pun kandungan aku dah memasuki usia 16 minggu. Sekejap je masa berlalu :')

Sejak anak second aku meninggal masa umur 73 hari, aku dah start tak ambil injection depo. Aku stop sebab aku  nak pregnant anytime Allah izinkan. Means aku dah get ready untuk pregnant masa tu. Tapi, tau kan effects untuk injection ni lama untuk kembali subur. Normally takes setahun to setahun lebih. Jadi, aku just menunggu jela. Allah akan bagi bila kita bersedia kan? So aku sabar tunggu.

19 September 2017

Tiada apa-apa tanda pada tubuh badan aku tapi suami aku start muntah-muntah. Biasanya kalau suami aku muntah sampai lembik, tanda pregnant la aku. 2-3 hari sebelum next period. Tapi, hati meronta-ronta nak check UPT. Pagi sebelum subuh, aku test UPT. Hati berdebar-debar, nervous. Nampak satu line kabur, tersangat kabur. So masa ni dah happy cket sebab teringat masa second pregnancy pun, bila test UPT kabur jugak. Tapi takut jugak false positive kan.





Lepas tu, aku pergi la kerja macam biasa tapi dalam hati happy sangat-sangat. Yela sebab kita tunggu nak pregnant kan? Sampai kat tempat kerja, aku dukung anak first aku, Akid sebab tengah tidur masa tu. Dukung nak hantar nursery ada tangga pulak tu. Tiba-tiba, dalam pukul 10 pagi camtu, aku terasa sesuatu keluar. Perasaan macam keputihan yang keluar. So aku ignore dulu sebab nak makan masa tu.  After makan, pergi toilet terkejut sebab nampak ada darah macam hari first nak period mula-mula tu. Masa ni aku duk rasa macam nak period ni sebab perut rasa cramp siket. Tapi kuciwa la jugak. Huwaa. Tadi kan dah happy. So, aku pakai pad sebab ingat period.

Zohor - Tak solat tapi darah takde.

Asar - Tak solat tapi darah takde.

Maghrib pun tak solat jugak.

Darah still tak keluar dah. Aku dah pelik, kalau period confirm la dah keluar darah. Ni dah terlepas banyak waktu solat, tapi takde darah. Masa ni dah 50-50. Darah period ke darah implantation ni? Aku pregnant ke ni? So aku ambik keputusan nak tunggu sampai esok. Nak tengok camne.


20 September 2017

Check UPT lagi nak confirmkan. Alhamdulillah masih double line tapi line tu makin terang. Masa ni bertambah yakin aku pregnant tapi still takut sebab ada spotting. Hari ni, spotting ada waktu kencing je. Petang, aku pergi beli UPT digital, clearblue untuk dapatkan keputusan yang lebih accurate.



21 September 2017

Subuh pagi tu, aku guna clear blue. Alhamdulillah positive pregnant, 4-5 weeks camtu. Tapi, still ada spotting masa tu. Risau jugak la takut apa-apa jadi. Sebab sebelum ni pregnant dua-dua tak pernah ada spotting. Tetiba kali ni ada pulak.



So, aku ambil keputusan nak pergi klinik nak scan nak confirmkan memandangkan aku ni jenis period tak tetap. So, nak tau la kandungan ni berapa minggu camtu. Ehe. Bila pergi klinik, doc scan tapi still tak nampak apa-apa. Doc cakap maybe sebab awal lagi. So doc just bekalkan aku ubat untuk kuatkan rahim supaya spotting tu stop.

Alhamdulillah, aku makan ubat tu selama 5 hari, then spotting tu dah stop. Lega sangat rasanya tapi still aku berjaga-jaga. Pulak tu aku nak naik flight pergi holidays ke Sabah seminggu lagi. Masa tu perasaan bercampur baur tapi kuatkan hati je. Aku just positifkan fikiran, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kehamilan aku sepanjang aku bercuti ni.

Lepas balik daripada Sabah, saje je nak perabiskan UPT tu, so aku guna UPT tu. Hasilnya, garisan double line bertambah terang. Alhamdulillah ya Allah.




29 September 2017

Aku pergi klinik untuk scan lagi. Alhamdulillah kali ni dah nampak kantung tapi belum nampak baby lagi. Tapi tetap puas hati sebab ada progress. Hehe

So, macam tu jela cerita tentang pregnancy kali ni. Setiap pregnancy yang aku lalui memang totally berbeza. Tapi apa pun bersyukur kepada Allah atas rezeki yang ditunggu-tunggu ini. 😊

Thanks for reading!

Saturday 17 December 2016

Pneumonia asbab anakku pergi.

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis sebenarnya, kalau tengok pada post terakhir aku adalah mengenai second pregnancy aku. Alhamdulillah, aku selamat bersalin anak kedua pada 28 June 2016, 23 ramadhan. =)

Takdir Allah mengatasi segalanya, umur anak kedua ku tidak panjang. Hanya sempat 73 hari aku menjaganya. Pada 8 Sept 2016, anakku kembali kepada penciptanya.

Anak yang aku lahirkan dengan mudah, perginya pun sangat mudah. 3 bulan peristiwa itu berlaku, namun masih segar dalam ingatan. Sebab pemergian anakku yang diberikan nama Muhammad Saqiif adalah Pneumonia, jangkitan kuman pada paru-paru.

Next entry, aku akan ceritakan dengan lebih detail kronology pemergian anakku. Sebagai kenangan, sebagai rujukan untuk masa hadapan.

Nak letak gambar anak syurgaku, tapi takde apps yang boleh upload daripada phone sekarang ni. Kena install dulu. Nanti la aku upload ye.

Thanks for reading. =)

Tuesday 5 July 2016

Pengalaman bersalin secara VBAC

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Ish tahap kebizian melampau-lampau sampai tak sempat nak menulis, padahal banyak benda nak dikongsikan. Sampaikan dah bersalin, dulu konon-konon nak tulis pengalaman pregnant anak kedua tapi hampeh ada satu post je yang aku tulis. Hihi.

Alhamdulillah aku selamat bersalin secara normal untuk anak kedua pada 23 Ramadhan, 28 Jun 2016 tepat jam 1.23 pagi. Baby boy seberat 3.05kg. Pengalaman yang boleh aku katakan sangat-sangat berbeza daripada pengalaman aku melahirkan anak sulung secara paksa dan seterusnya lead to emergency ceaser. :'( Cerita tentang kelahiran anak sulung dulu boleh refer post lama ye.

Sekarang aku nak ceritakan pengalaman melahirkan anak kedua yang boleh aku katakan Allah sangat mudahkan proses bersalin aku, takde ungkapan lain selain rasa syukur yang tak terhingga walaupun suami aku tak dapat teman masa bersalin sebab Hospital Kajang tak friendly husband. Huhu. Tapi nurse and doctor sporting, so dorang benarkan suami aku masuk masa kepala baby dah nak keluar tu. Suami sempat la tengok aku berjuang untuk melahirkan anak dia. Sebak.

27 June 2016

Aku tak tinggal puasa lagi setakat ni. Hari ni aku still berpuasa cam biasa. Tanda-tanda bersalin takde lagi masa ni, padahal aku sangat berharap aku akan bersalin awal supaya aku tak lagi di induced macam kali pertama bersalin. Sakit yang hanya Allah yang tahu. Tak sanggup nak hadapi tau. Aku selalu doa dipermudahkan bersalin & dihadirkan nurse & doktor yang supportive untuk aku bersalin secara normal kali ni. Tiap-tiap malam aku sembahyang hajat supaya Allah makbulkan doaku. Waktu bangun tahajud pun doa yang sama aku mintak. Maaf tujuan aku tulis tentang aku buat solat hajat dan tahajud tu bukan untuk show off tapi untuk aku share apa usaha yang aku buat untuk mudahkan bersalin. Supaya bila akan datang aku boleh ingat balik apa yang dah aku usahakan untuk Allah permudahkan urusan bersalin aku. Aku totally letakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah selain usaha-usaha lain yang aku buat. Aku akan ceritakan secara detail ye lepas ni.

Okay berbalik kepada cerita pada tarikh ini, pagi tu aku datang sekolah sepetti biasa. Pagi tu aku start rasa sakit senggugut yang mild. Cam braxton hicks gitu. So aku ignore jela. Aku tertido sebab letih sangat. Aku bangun tidur tengahari camtu still rasa sakit yang makin kuat tapi aku still boleh control lagi. Masa ni dah rasa macam contraction. Tapi aku ignore lagi. Sampai la ada kawan aku datang tegur aku, tanya aku takda tanda apa-apa lagi ke, tak rasa apa-apa lagi ke. Aku cakap la aku tengah sakit mungkin braxton hicks kot. Dia cakap eh dah 38 weeks kan, mana ada false alarm dah masa ni. Ish aku dah tak sedap hati, betul ke ni sakit nak bersalin? Aku betul-betul confuse sebab dulu aku induced, sakit dia totally different. Yang aku rasa secara alami ni aku boleh control time contraction datang. Aku boleh mengajar dan masuk kelas dengan normal lagi. Haha. Rasa sakit tapi masih boleh control. Aku mesej husband cakap sakit perut. Husband ajak la ke hospital. Aku cakap takut salah ni, takut bukan sakit nak bersalin. Lagipun takde turun darah atau pecah ketuban ni. Lepas tu aku teringat la dekat membe aku yang bersalin takde turun tanda apa-apa jugak. Aku terus mesej tanya sakit camne. Dia suruh aku catat waktu contraction. Aku pun start catat pukul 2 petang camtu. Gap setiap contraction dah 3 minit sekali. Kawan aku cepat-cepat suruh ke hospital. Aku bagitau husband.  Husband pun ajak ke hospital tapi aku takut false alarm. Kehkeh. Aku pun cakap aku nak tunggu dalam sejam dua lagi nak tengok rasa canne. Pukul 1.30 petang aku ada kelas dengan form 5. Sebab silibus dah habis, aku suruh dorang buat latihan set soalan spm je. Kali ni aku duduk je kat meja guru sambil layan contraction. Contraction makin kuat. Sesekali muka aku berkerut menahan sakit contraction. Budak-budak pun dah pandang aku semacam je sebab muka berkerut-kerut tahan sakit.  Masa tu gap contraction still lagi 3 minit setiap contraction. Kelas habis 3.30 aku cakap kat husband nak pergi ofis dia. Ingatkan nak terus ke hospital.

Aku call mak aku. Mak aku cakap kalau boleh tahan lagi better tunggu dulu sebab takut dorang tahan wad terlalu awal. Mak aku pun fobia tengok aku kena induced dulu. Huhu. Aku call adik aku yang nurse tu tanya dia camne, nak ke hospital ke sebab gap contraction ni konsisten je 3 minit sekali daripada tengahari tadi. Kebetulan kawan dia yang bertugas di wad bersalin ada bermasa, so dia tanya la kawan dia tu. Kawannya cakap better tunggu dulu sebab dorang cakap nanti kalau terus ke hospital dorang akan pasang CTG untuk monitor jantung baby tu. So kena tahan awal-awal la. Lepas fikir-fikir, aku bagitau husband kita pergi malam ni la lepas berbuka sebab kalau dah sampai hospital confirm berbuka pun ala kadar je. Camne aku nak dapaf energy kan? Hehe. Aku cakap aku boleh kawal lagi contraction ni. Masa ni aku boleh drive lagi ni. Time contraction berkerut jugak la muka. Hehe. So husband setuju la dengan pendapat aku.

Lepas husband dah habis kerja pukul 4.30, kami discuss lagi. Tapi discuss dengan husband boleh tahan lagi ni. Padahalnya aku takut sejarah aku bersalin anak first dulu berulang kembali. Huhu. Sepatutnya petang tu kitorang ada nak pergi discuss kitchen cabinet dekat kajang. Nak discuss design and dapatkan quotation, so aku decide. Jom pergi discuss design dulu, karang nak bersalin dah. Nanti tak sempat nak gitau design mana yang aku nak. Hehe. So pergilah kitorang ke kajang. Masa ni contraction dah kuat jugak la. Tapi bila ada gap takde contraction tu aku boleh bernafas dengan normal la. Hehe. Masa di show room kitchen cabinet, sakit dah tak tertahaj dah. Sampai nak berjalan -kejap kena stop time contraction datang. Huu. Lepas dah settle husband discuss, kitorang ke bazar. hanya mampu duduk kejap berdiri kejap. Tapi sempat jugak bagi idea. Hehe. Sampai bazar semestinya aku tak turun. Husband & Akid je pergi beli makanan. Sempat la aku pesan cempedak goreng rm6. Sampai rumah aku solat pastu time berbuka, sakitnya contraction sampai kena stop makan. Tapi time contraction berlalu pergi, aku makan cepat-cepat. Tapi tak habis nasi yang aku makan. Sebab dah sakit sangat.

Lepas berbuka, aku solat magrib, sunat hajat, sunat taubat semua. Mintak ampun dengan Allah mintak dipermudahkan urusan dalam labor room nanti. Masa ni memang sebak, terasa kerdilnya diri ini takde daya lain melainkan memohon ampun dan pertolongan daripada Allah. Menangis la masa ni. Mohon ampun maaf daripada husband jugak. Sebak betul. Aku cakap kat husband aku nak tunggu isyak dulu. Kalau dah sampai hospital takut jadi makin susah. Husband tolong packingkan beg baby and ibu memandangkan aku memang tak ready lagi segala beg baby. Kihkih. Jangan tiru perangai aku. :P

Lepas dah solat isyak, kitorang ke hospital dah lambat sebenarnya, dah pukul 10 lebih. Sampai hospital cek jalan baru 3cm. Dorang buat CTG. Dorang cakap nanti kalau jalan bukak 4cm terus masuk labor room memandangkan aku sorang je nak beranak malam tu. Aha. Lepas tu dorang cek jalan lagi dah 4cm. Terus masuk labor room. Sebelum tu scan dulu, baby semua ok. Pukul 11 malam masuk labor room cek jalan lagi dah 5cm.Lepas tu, doktor pecahkan air ketuban untuk cepatkan bukaan jalan.  Dorang cakap ok 4 jam lagi dorang akan cek jalan. Kalau rasa nak teran panggil dorang. Masa tu aku fikir eh 4 jam lagi ke? Lamanya aku kena tunggu sorang-sorang. Husband tunggu kat luar sebab Hospital Kajang memang tak bagi husband masuk. Sedih jugak la awal-awal tu. Huhu. Lepas je air ketuban pecah, terasa makin kerap dan makin sakit setiap contraction. Rasa nak tercabut pinggang. Masa tu aku tak tengok pukul berapa. Eh tengok jam tapi aku lupa pukul berapa. Kihkih. Mungkin nurse terdengar masa aku duk control pernafasan, dia masuk tanya nak apa-apa tak. Air ke biskut ke. Giler sporting. Aku cakap taknak makan, nak air je. Dia pun ambilkan air untuk aku.  Lepas tu, dia keluar lagi. Merintih la aku sorang-sorang dalam labor room menanti jalan nak bukak. Tak lama lepas tu nurse masuk lagi katanya nak bantu bukakan jalan. Sakitnya ya Allah masa dia tolong bukakan jalan. Aku cakap la sakit. Nurse cakap nanti dia bagi ubat tahan sakit yang cucuk kat punggung tu tapi dorang nak tengok CTG dulu. Belum sempat aku diberi suntikan tu, nurse cek jalan. Aku tak faham la dorang sembang apa bahasa hospital. Haha. Yang aku faham, dorang nak panggil doktor. Doktor datang cek jalan lagi terus suruh aku push. Aku cam pelik. Eh cepatnya jalan terbuka habis. Masa aku push tu, banyak kali jugak la sampai aku penat jadinya. Aku pun tanya doktor, dah berapa cm doktor? Haha. Sempat lagi kan. Doktor cakap dah 8-9cm camtu. Aku tanya lambat lagi ke doktor sbb aku dah penat nak teran. Doktor layankan aje soalan aku tu. Doktor cakap sikit lagi ni tapi aku kena push untuk baby cepat turun. Aku pun duk push la untuk cepatkan full dilated tu. Bila dah kepala baby betul-betul di permukaan rahim, tinggal nak push sekuat hati je untuk baby keluar, nurse & doktor dah kelam kabut nak sediakan alatan untuk sambut baby. Nurse cakap boleh la panggil husband dia masuk.

Husband masuk terus je dia cakap sikit lagi sikit lagi sebab masa ni dia dah nampak kepala baby tu. Aku pun push sekuat hati sampai la keluar kepala baby. Push kali kedua sampai lah keluar badan baby terus nurse letak baby atas dada. Dapat peluang skin to skin dengan baby. Ya Allah nikmat tak terkata. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Rasa kehangatan baby. Masa ni aku hanya mampu sebut Allahuakbar berulang kali. Betapa aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah permudahkan urusan bersalinku. Sempat jugak baby terus berak atas badan ibu. Hikhik

Apa yang aku dapat simpulkan, setiap orang, rezeki bersalin tak sama. Setiap anak tak sama. Macam aku anak first, sebelum emergency ceaser, 12 jam aku bertarung dalam labor room menanti full dilated. Last-last ceaser jugak walaupun dah 10cm. Tu pulak induced. Sakit yang double-double tau. Bersalin anak kedua sangat mudah bagi aku, Alhamdulillah. 2 jam setengah bertarung dalam labor room. Baby selamat dilahirkan.

Apa-apa pun aku bersyukur semuanya selamat. Alhamdulillah. :)


Friday 8 January 2016

Second Pregnancy [Part 1]

Assalamualaikum!

Hai. Sebenarnya sebelum entry ni di post, aku dah tulis lama dah since aku tahu aku pregnant. Tapi, sengaja simpan dalam draft dulu sampai la aku betul-betul confirm aku mengandung. ehe. Eh dah kenapa camtu? Sebabnya aku menghadapi kekeliruan sama ada aku betul-betul pregnant ke. Tapi seriously aku sangat yakin aku pregnant walaupun doktor dengan confident kata takkk sebab masa first scan tak nampak apa-apa! :') Naluri seorang ibu mungkin?

Sewaktu aku tahu aku pregnant Akid umur setahun 5 bulan, masa tu perasaan bercampur baur. Aku gembira aku pregnant lagi tapi dalam masa yang sama kesian dekat Akid sebab masih breastfeeding. Aku nak breastfeed sampai 2 tahun. Sejak tahu aku pregnant, aku dah sematkan dalam hati nak layan Akid dengan sayang yang melimpah ruah, overdose kata orang. Nak manjakan dia puas-puas. At least bila adik baby keluar, aku tak menyesal sebab tak layan overdose. ehe. Sekarang pun aku layan overdose tau, tapi nak bagi kasih sayang tu infinity untuk dia sorang sekarang ni. Fokus betul-betul kat Akid sebab nanti adik baby keluar, fokus dah terbahagi dua. Haa camtu.

Camne aku dapat tahu aku pregnant lagi?

Bila period dah lambat sangat. Tapi since period aku baru datang selepas akid umur cukup-cukup setahun 2 bulan, jadi aku macam tak pasti betul ke aku pregnant? Ke hormon tak stabil je? Jadi aku biarkan dulu sampai lah aku dikehendaki menjadi guru pengiring untuk lawatan sekolah ke FRIM. FRIM tu hutan simpan, so memang pergi sana masuk dalam hutan, treasure hunt, naik canopy walk, boleh dikatakan aktiviti yang lasak la. So, suami suruh buat test upt. In case memang positif aku pregnant, aku boleh tarik diri daripada join aktiviti tu.

24 Oktober 2015

First test UPT, suami beli UPT di farmasi. Malam terus test, naik double line tapi kabur sangat-sangat line satu lagi. So, sebab kawan aku pernah test, kabur jugak tapi tak pregnant. Aku masih tak percaya lagi. So biarkan dulu. Suami macam yakin aku pregnant. Aku cakap takpe, nanti test lagi.

28 Oktober 2015

Tinggal 2 hari lagi sebelum aku kena jadi guru pengiring ke FRIM. Kawan-kawan suruh test UPT lagi. Aku beli brand paling murah RM5.60 di watson, brand DISLOSURE. UPT tu berbentuk kaset. Balik rumah aku try test, double line tapi still kabur. Bezanya line kabur tu makin terang berbanding dengan first test yang aku buat. So, aku semakin yakin aku pregnant. Malam tu jugak kami ke klinik untuk scan, aku nak double confirm.

Double line
Satu line terang, satu line kabur


Sampai di klinik, aku cerita semuanya dekat doktor. Doktor terus cakap, jom kita scan. Bila scan, doktor kata rahim aku kosong je. Takde apa-apa, doktor cakap aku tak pregnant pun. Masa tu frust jugak sebab dah happy aku mengandung. Ingatkan ada la adik baby kan. :") Doktor cakap mungkin hormon je tu. Jadinya upt menunjukkan false positive. Sedih tapi entah kenapa aku rasa doktor tu silap. Aku yakin aku pregnant. Haa nak jugak. hihi. Doktor ada pesan, aku still kena sentiasa check in case memang betul-betul pregnant.

So, dengan yakinnya aku pergi ke FRIM. Aku memang serah segalanya kepada Allah. Tapi still, aku berhati-hati. Doa tak putus-putus. Jika ada nyawa dalam kandunganku, semoga Allah peliharakan.

5 November 2015

Aku still tak period lagi. Aku pergi FRIM hari tu penat tak hilang lagi. Dengan perut rasa cramp. So rasa makin yakin aku pregnant. huhu.Aku beli lagi UPT. Alhamdulillah double line lagi tapi dua-dua line sama terang! Aku tunjuk kat suami, suami cakap ye dah tu aku pregnant. ehe.

Double line
Dua-dua sama terang
Yang kali ni ambik gambar malam, lighting tak okay :)
Sepanjang tempoh menunggu confirmation ni, aku memang ada la baca-baca pengalaman orang. Aku boleh simpulkan, if korang test kabur, korang tunggu seminggu atau dua minggu kemudian, buat lagi UPT. If negatif, maksudnya yang korang buat first tu, mungkin false positive. If, korang buat seminggu atau dua minggu kemudian, line makin terang, maksudnya chance untuk korang pregnant memang cerah! Sebabnya, line makin terang memberi maksud bacaan HCG makin meninggi. HCG tu hormon yang dikeluarkan oleh plancenta. Memberi maksud juga kandungan korang membesar dengan baik. :)

InsyaAllah.

7 November 2015

Oleh sebab aku kurang menyabor untuk tahu betul ke aku pregnant ni oiii, aku ajak husband pi klinik sebab nak scan. Haha. Husband cakap lah,

"kita tunggu la dua minggu lagi, takut kecik lagi, nanti tak nampak, susah hati lagi."

Aku cam frust la tak dapat pergi. Tapi, hati memang nak sangat pergi. Pujuk punya pujuk, husband ok jela dengan idea aku ni. Haha. Petang tu jugak pergi klinik, sengaja aku tak kencing daripada zohor sebab nak bagi pundi kencing penuh. Tujuannya, bila pundi kencing penuh, senang la nak nampak ada ke tak baby dalam rahim. :)

Sampai klinik, aku memang tak tahan nak kencing. Nasib baiklah aku sorang je datang klinik tu, so lepas register terus masuk jumpa doktor. Doktor terus scan, and then kantung dah nampak :') Akid nak jadi abang dah. ehe. Tapi, baby belum nampak lagi. Still, aku puas hati sebab dah nampak progress kandunganku. Minggu lepas scan kan tak nampak apa-apa lagi. Doktor cakap ikut kiraan tarikh period sepatutnya janin dah berusia 8 minggu. Tapi mungkin sebab period aku tak stabil, kemungkinan janin tu belum lagi berusia 8 minggu sebab tu masih tak nampak. So, doktor suruh repeat scan lagi 2 minggu nak ukur saiz baby untuk kira umur sebenar janin.



P/s: Aku tulis mengenai pregnancy bertujuan untuk merekod segala kenangan. Untuk first pregnancy, aku tak menulis. Kenangan yang details, aku dah lupa. Sebab tu, di awal kandungan ni, aku terus tulis.

Hope boleh jadi panduan untuk sesiapa je yang membaca.

Setakat ni, aku maintain mengambil shaklee as a supplements sepanjang pregnancy aku. :)


Happy reading!

Thursday 5 November 2015

Bila anak nak berjalan??

Assalamualaikum!

Hai. Lama aku hutang entry ni. :) Hari tu aku promise nak ceritakan detik-detik Akid memulakan langkah untuk berjalan, tapi lama sangat dah hold untuk tulis berkenaan ni. Bersemangat nak tulis sebab aku tengok ramai yang baca entry "Takut Bila Anak Belum Merangkak?". So, sama la jugak cerita tentang berjalan, mesti semua nak baca kan. ehe. Lagipun, apa yang aku tulis sebab nak rekod all the experiences menjadi ibu. Mungkin jugak sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu di luar sana. Hopefully la. hiks!


Proses berjalan Akid cukup mudah even dia start berjalan lambat sedikit berbanding budak-budak yang sebaya dengannya. Akid mula berjalan start umur 1 tahun 3 bulan. Maksudnya baru dua bulan la aku duk mengejar-ngejar Akid yang nak panjat sofa, katil, tangga etc. Sekarang ni, Akid umur 1 tahun 5 bulan, berlari belum lagi la. Tapi, kalau jalan tu laju bukan main lagi. Joget-joget pun pandai. Haha.

29 Julai 2015 - His very first step! And he just can't stop walking all the days. Haha

Ceritanya, masa tu maghrib. Aku saje je la suruh dia berdiri and then, aku lepas dia. So, aku jarakkan kedudukan aku dengan dia. Slow-slow, aku panggil dia. Aku suruh dia datang dekat aku. Kalau tak silap, dua atau tiga kali aku panggil dia start melangkah dengan lajunya. So, lepas tu dia macam nak terjatuh lepas dah mula dua, tiga langkah. Lepas jatuh, bangun lagi. Jatuh lagi,bangun lagi. Sampai lah dia dapat melangkah dengan baik. Tapi, seriously, it takes times. Jangan assume, once dia dah start melangkah, dia terus melangkah dengan banyak dan stabil. Ambil banyak masa sebab tahap keberanian seseorang bayi tu tak sama tau. Macam Akid nampak macam teragak-agak nak melangkah. Takut jatuh la tuh. Ehe. Hari kedua, bila aku suruh berjalan dia taknak. Dia merangkak je the whole day. Aku ni macam geram la jugak sebab nak rekod video dia jalan. Tapi, dia taknak jalan la pulak. Haha. Kebetulan suami outstation, nak la hantar gambar bagi babah dia tengok dia berjalan kan. Tapi hampeh, memang satu hari tu dia tak berjalan! kahkah

Dan hari seterusnya dia sendiri bangun berjalan. Masa tu penat la ibu dia nak kejar. So, bagi ibu-ibu yang anaknya belum berjalan, jangan risau okay? Belum tiba masa mungkin? Mungkin baby korang nak manja-manja dukung-dukung lagi dengan korang. ehe. Once dia dah start berjalan, habislah dia dah taknak orang pegang lama-lama! Jadi rindu la pulak zaman dorang masih kecik. :)

Dulu masa Akid belum jalan tapi nampak budak sebaya dia dah berjalan, aku pun risau sangat-sangat. Selalu tanya husband, bila Akid nak jalan. Nak tengok dia jalan la apa la. Selalu google perkembangan bayi. Tapi, biasanya aku selalu baca yang babycenter tu. Korang try la baca kat situ, baca kat situ tenang siket hati. Sebab dia bagi fakta yang betul kan. Banyak kali entry babycenter menekankan bahawa perkembangan setiap bayi tidak sama! Lagi-lagi kalau bayi tu lahir pramatang, memang akan berlaku sedikit kelewatan berbanding budak lain. :)

Hopefully, pengalaman yang aku tulis sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran ibu-ibu tentang perkembangan anak masing-masing. :)



Happy reading!




Thursday 15 October 2015

Guna lirik lagu untuk buat essay!

Assalamualaikum.

Hi.

Dulu zaman aku sekolah, jadi teenagers yang sangat menggilai muzik inggeris, sangat mudah menghafal segala jenis lagu inggeris, relate kan dengan diri sendiri. Zaman baru nak up. Sesungguhnya merindui zaman dulu, tanpa teknologi yang teramat canggih. Dulu dengar lagu pakai walkman RM10 beli dekat pasar malam. Bawak ke hostel, kalau kena rampas, beli lagi. :) Memori betul. Simpan walkman celah dalam tilam, dalam tiang katil & banyak tempat lagi jadi mangsa tempat kami sorokkan walkman murah itu. Sorok daripada AJK asrama & warden. Ehe.

Dan sebab lagu inggeris, aku sanggup buat scrapt book tampal lirik lagu yang aku print. Kalau ada perkataan yang aku tak tahu maksud, check kamus. Beratus-ratus lirik lagu aku tampal. Dan lirik lagu juga aku alter menjadi sebuah karangan bahasa inggeris. Secara jujurnya, aku tak suka belajar inggeris di dalam kelas, ikut silibus. So, caraku melalui lagu. Aku fikir aku ni seorang manusia yang menjurus ke arah auditory person. kehkeh. Tapi, serously lirik lagu zaman dulu, zaman aku remaja memang sangat membantu untuk aku score bahasa inggeris. Lirik lagu sekarang, no komen. ehee.

Sebabnya, sejak aku mengandung aku stop dengar lagu. Tapi, dalam radio masa tengah driving tu tak dapat elak la. Yela, masa pregnant kan kita nak yang terbaik untuk anak. Bagi dengar mengaji. Tahan diri daripada dengar lagu padahal peminat tegar ni. aha. Alhamdulillah berjaya.

Tapi, 2,3 hari ni, terasa nak throwback sebab dalam radio terdengar dorang putarkan lagu lama-lama. Terus buka youtube. Search lagu lama-lama. Yang aku perasan, lagu-lagu lama, era 90an - awal 2000an, dorang punya lagu sangat penuh dengan motivation. Yes aku suka macam tu. Aku dengar vukan untuk lagho. Tapi aku suka dorang punya lirik, bukan penuh dengan cintan-cintan. Tapi sangat membantu untuk build innerspace seseorang tu. Remaja terutamanya. Contoh:


  1. What doesn't kill you make you stronger, Kelly Clarkson.
  2. Firework, Katy Perry.
  3. Skyscraper, Demi Lovato.
  4. The climb, Miley Cyrus.
  5. Save me, Simple Plan. - Dedicated to cancer survivor. :')
Ni contoh. Banyak lagi. Tapi, banyak penyanyi kat atas ni dah merepek dah lagu-lagunya. Bila aku tengok youtube, tengok komen, rupa-rupanya ramai yang tengah throwback, marathon lagu era zaman-zaman sebelum generasi sekarang ni :)

Oleh kerana kegigihan menghafal lagu & guna dalam exam, UPSR, SPM dapat A untuk English. MUET tak payah repeat. Sekali je ambik MUET :) 

Menulis ni sekadar berkongsi pengalaman sebab aku memang minat muzik, bukan tujuan untuk riak. 


Happy reading.