Iklan Jap!!

Wednesday 2 September 2015

Teruskan BREASTFEEDING?

Assalamualaikum!

Oh hai. Lama tak menulis dekat blog ni. Idea nak menulis banyak tapi si kecik sekarang ni macam addicted sangat nak tepuk-tepuk laptop si ibu. Bukan addicted nak main laptop ye, hanya nak tepuk-tepuk untuk menghasilkan bunyi :P. Kalau dibiarkan, sah-sah aku kena tukar laptop baru. kihkih. So, kalau nak online hanya guna handphone je. Tapi tu la, aktiviti online pun macam tersekat sebab si Akid dah pandai pulak tarik-tarik tangan if nampak aku pegang handphone. Lagi-lagi time aku menyusu. Akid suka menyusu sambil baring. So, kebiasaannya aku akan main handphone masa tu tapi semenjak Akid pandai alihkan perhatian aku daripada handphone ni, aktiviti online terbatas lerr. Tapi, as usual tunggu dia tidur baru boleh baca news, scroll fb, scroll ig etc.

Alhamdulillah.

Setakat hari ini, Akid dah berumur 1 tahun 3 bulan, aku masih meneruskan penyusuan secara direct. Aku tak pump sebab Akid memang taknak botol bila aku ada. Kat taska dia minum je botol. Kalau nampak aku, dia excited nak direct breastfeed. So my breastfeeding journey masih berbaki lagi 9 bulan. Aku memang berharap cukup 2 tahun aku susukan Akid. Itu hak mereka kan. Tapi, bagi yang alami masalah untuk kekalkan susu badan, jangan sedih ya. Rezeki setiap orang berbeza. Aku tak suka orang judge someone we don't know her problems. Mungkin mereka dah berusaha nak kekalkan susu dalam badan mereka tapi tak dapat. Asalkan setiap orang cuba mengekalkan susu sebelum surrender, tu dah kira baik. Ada yang pregnant rapat-rapat, so tak boleh teruskan penyusuan. Ada yang bengkak susu semasa pantang, pastu kena operate sebab dah jadi ketulan, so dorang tak dapat nak menyusu. See.. semua orang have the different situations. We can't judge based on our experiences. Our experiences mungkin tak sama dengan orang lain. So, as for me, stop judging!

Alhamdulillah. Syukur Allah beri rezeki untuk aku dan Akid meneruskan breastfeeding sehingga ke saat ini. Tiada orang lain yang benarkan ia berlaku kecuali Allah. Tapi sebagai manusia kita boleh usaha untuk maintainkan susu badan. Allah kan suka orang yang berusaha. hee. Bagi pendapat aku secara personally, perkara utama haruslah mind set! Aku cuba setkan dalam minda setiap masa, setiap waktu untuk aku teruskan breastfeeding Akid sehingga Akid berumur 2 tahun. 9 months to go.. it's a very long journey for me. Tapi aku percaya aku mampu lakukan untuk Akid. Itu hak dia. Sebagai ibu, wajib aku tunaikan. Yang kedua, kekalkan pengambilan air sebanyak 2liter sehari ATLEAST! Pengambilan air yang mencukupi juga membantu perjalanan penyusuan anda. InsyaAllah, harus diingat dengan izin Allah ya. :)

Selain itu, aku mementingkan pengambilan supplement supaya tubuh badan cukup kuat untuk meneruskan aktiviti penyusuan. Yela.. bila menyusu ni segala khasiat-khasiat yang diperlukan oleh tubuh akan disalurkan ke susu jugak. So, sebagai ibu menyusu ibu seharusnya makan makanan yang berkhasiat untuk menampung jumlah nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Alhamdulillah.. dengan pengambilan supplement, aktiviti penyusuan berjalan dengan sungguh lancar! :P Apa yang aku usahakan adalah aku jadikan amalan minum ESP setiap hari. ESP tu Energizing Soy Protein, salah satu produk yang aku amalkan semasa pregnant. Aku dah pernah tulis berkenaan ESP dalam entry sebelum ini iaitu Tips Kulit Bayi Cantik dan Tips Kulit Cantik. Boleh klik dan baca ya untuk rujukan kawan-kawan semua. ehee. Selain untuk cantikkan kulit, opkos untuk banyakkan dan pekatkan susu badan jugak! Multipurpose uols. :P

Alhamdulillah ESP sememangnya sangat sesuai untuk ibu bekerja seperti aku ini. Mana nak ber'silat' kat tempat kerja lagi, nak bersilat dengan anak yang baru dapat kaki lagi, nak bersilat dengan periuk kuali di dapur lagi, bersilat la dengan segala kerja rumah tu. hehe. So, diri ini sangat berpuas hati dapat minum ESP untuk bantu diri ini bersilat di mana sahaja. haha.

Okay. Itu sahaja celoteh ku kali ini. InsyaAllah next entry aku akan kisahkan tentang Akid yang baru dapat berjalan. Khusus untuk ibu-ibu yang risau anak-anak mereka belum berjalan even dah umur setahun ++.

Baby Shaklee :P (Pulau Redang 2015)




Oh ya. Kalau nak cuba ESP dan jadi supermakk, boleh contact daku ye.

Asma
0169215916


Happy reading!