Iklan Jap!!

Friday 17 April 2015

Nak hilangkan jeragat?

Assalamualaikum. 

Hi.

Sebagai seorang wanita memang wajib rasa risau kalau kulit wajah tak mulus bersih cantik licin dan sebagainya. You name it. Bila sebut kecantikan je mesti nak kaitkan dengan wanita. Ye kan? Even jerawat batu naik satu ketul pun, wanita akan gelabah tak tentu arah. Jerawat batu sakit tau. Kalau boleh taknak kisah jerawat batu tumbuh seketul berulang sebab apa jerawat batu biasanya akan tinggalkan parut yang hitam atau berlubang. :( oh tolong sangat tak suka kan.

Eh tajuk kat atas pasal jeragat, kenapa cakap pasal jerawat? :') Nampak tak betapa antinya dengan jerawat? hehe. Okey kita back to the point la, aku sebenarnya nak cerita pasal jeragat. Sebab aku memang seorang wanita yang dilahirkan dengan kulit yang jenis berjeragat. Makin aku berusia makin jeragat mula bertambah. Jeragat is pigmentation kan? Mula-mula aku buat tak endah je, so bila suami aku start tegur pasal muka aku yang nampak makin banyak pigmentasi ni, aku dah cuak! Ye aku tahu masalah aku makin menjadi-jadi la ni. Dah la muka berjeragat, tambah kulit kusam dan pucat lagi membuatkan aku tak confident. Suami cakap aku nampak macam orang sakit. Start tu, kitorang mula mencari produk-produk yang boleh menghilangkan jeragat tapi satu produk pun tak melekat dengan aku sebab tak berkesan! Dah la aku culas bab2 nak tepek2 produk kecantikan ni. Pemalas kan?

Sehinggalah aku cuba vitamin e shaklee. Mula2 tak nampak kesan. Aku dah risau sebab aku baca testimoni, ramai yang berkesan. Bila time aku consume tak berkesan la pulak. Haruslah cuak sebab aku taknak jeragat di muka aku bertambah! :'(

Tapi aku tak putus asa, alang-alang dah beli, aku cakap aku kena habiskan jugak satu botol ni. Maklum lah satu botol vitamin e shaklee boleh tahan sampai 4 bulan. Aku makan tak sampai dua bulan masa tu. Hahaha. Ada hati nak dapat kesan secepat yang boleh ye? Korang kena tahu semua produk Shaklee ni adalah semulajadi. Apa-apa je yang semulajadi mestilah ambik masa untuk pulih sebab ia merawat dari dalam, bukan luaran semata-mata.

So, aku terus konsisten makan vitamin e. Tiba-tiba suami aku tegur, "eh dah tak nampak sangat bintik-bintik hitam tu". Kau tahu aku dah buat lompat bintang sepuluh kali kau tahu? hahaha. Suami aku lah yang perasan keberkesanan produk shaklee tu. Lepas tu siap cakap muka dah berseri-seri tak macam orang sakit. hihi. Seriously, no more kulit pucat dan kusam. Happy sangat!

Korang, kalau ada masalah macam aku, tolong lah consume vitamin e ni. Ia merawat dari dalam. Memang lah ambik masa berbulan-bulan tapi memang berkesan InsyaAllah. :)




Untuk sebarang order & consultation, 
boleh hubungi 
Asma
016-9215926
Shaklee Independent Distributor

Friday 3 April 2015

Takut bila anak belum merangkak??

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share satu benda yang menjadi kebimbangan aku sejak mempunyai anak. Aku ni mudah risau kalau pasal anak ni, nasib baik suami yang akan cool kan aku. haha. Biasa la perempuan kan, mesti mudah je nak fikir bukan-bukan. :P

Salah satu benda yang aku selalu risau adalah tentang perkembangan anak aku. Aku sibuk duk compare dengan anak orang lain. Korang jangan taw compare2 ni sebab setiap anak tak sama dia punya perkembangan. Lagi-lagi pulak aku pernah terdengar kalau anak lelaki dia punya perkembangan lambat berbanding anak perempuan. Tak tahu betul ke tak sebab anak sepupu aku, lelaki jugak, 3 bulan dah pandai merangkak dan tumbuh gigi. Haha. Anak aku dah 10 bulan ni, tumbuh gigi pun belum lagi. Orang tua kata ayah dia tanam uri dalam sangat! boleh camtu? Haha

Aku ni banyak orang aku comparekan, maklum lah masa beranak ari tu sama bulan pulak dengan officemate 3 orang. Memang lah aku asyik macam, "eh kenapa Akid belum lagi ni? eh kenapa Akid belum lagi ni?". Tiap-tiap hari aku duk tunggu Akid nak merangkak. Tiap-tiap hari tunggu Akid duduk sendiri. Tiap-tiap hari duk google tanya pengalaman orang. HAHA.

Antara ayat yang selalu aku search;

"Bayi umur 7 bulan belum merangkak"
"Bayi umur 8 bulan belum merangkak"
"Bila bayi akan pandai duduk sendiri"

and so on.. suami aku macam dah fedup aku duk risau tak tentu pasal. Haha. Tapi, tu la mak-mak memang camni kan? Ok sep siket..

Tapi berdasarkan pembacaan aku, it's normal bayi tak merangkak sebab ada bayi yang memang tak merangkak tapi terus berdiri and jalan. Paling baik, kita motivate dia untuk merangkak sebab sewaktu baby merangkak, dia akan merangsang saraf-saraf motor yang halus seterusnya merangsang sel-sel otak. Masa tu la sel-sel otak mula berhubung. So, sebab tu orang cakap budak yang merangkak lagi pandai berbanding budak yang tak merangkak.

Subhanallah. Allah jadikan merangkak tu bukan sekadar merangkak. Merangkak merupakan satu kemahiran untuk mengimbangi kepala bayi, menguatkan leher, otot lengan serta kaki bayi. Merangkak juga dikatakan mampu untuk merangsang kemahiran membaca dan menulis mereka. If anak-anak korang jenis tak merangkak, tak terlambat lagi untuk korang stimulate anak korang untuk merangkak. Caranya korang juga kena merangkak, so that anak korang akan ikut, tak kira la berapa umur anak korang sekarang, it's never too late yeah! Jangan la bagi main gadget je okay? -_-'

Ok sambung balik kisah anakku yang masih tak merangkak tadi, lepas dah google everything. Lepas dah yakin akan tiba masa untuk anak kita pandai merangkak dengan sendiri, aku dah tak risau dah. Lagi-lagi, sejarah aku memang aku tak merangkak. So aku assume keturunan aku jenis tak merangkak. Boleh? Hehe. Pastu aku ada terbaca if anak tak merangkak tapi dia still menunjukkan efforts dia untuk bergerak ke hadapan ke belakang, memanjat, mengengsot and what so ever called as moving, the it should be okay. No need to worry yeah. It's normal. Tapi, kalau anda korang tak menunjukkan langsung efforts dia untuk moving, then you should go to see a doctor. Itu yang aku baca dan faham. So mommies out there yang ada feeling macam aku ni, korang jangan la risau-risau ye. kita okay je tahu? As long as anak kita still aktif :)

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan anakku bergerak macam menyusur tu, ala macam cerita mortal combat tu, Akid mula menunjukkan kedudukan merangkak yang betul. Tapi slow-slow la. Well, as i said setiap budak tak sama. JANGAN COMPARE! Kesian dia. Tapi, paling bersyukur, walaupun lambat dari segi pergerakan, Akid mudah nak menyebut apa-apa. Akid dah boleh panggil ibu dan babah. Kalau time nak susu, nangis sambil panggil aku, "buuu..buuu..buu". meresap dalam jantung anak dah pandai panggil aku :') 

Hari tu kawan aku pun terkejut dengar dia panggil aku ibu even masa tu umur dia 7 or 8 bulan. Tak ingat sangat. As i mention earlier, PERKEMBANGAN BUDAK TAK SAMA. Ni tengoklah nanti Akid berjalan umur berapa. Hehe. Akan tiba masanya even anak sepupu aku sebelah rumah tu dah laju jalan walaupun umur sama. Takpe bebeh, it's normal. No need to worry much :)



thanks for reading! :)