Iklan Jap!!

Thursday 5 November 2015

Bila anak nak berjalan??

Assalamualaikum!

Hai. Lama aku hutang entry ni. :) Hari tu aku promise nak ceritakan detik-detik Akid memulakan langkah untuk berjalan, tapi lama sangat dah hold untuk tulis berkenaan ni. Bersemangat nak tulis sebab aku tengok ramai yang baca entry "Takut Bila Anak Belum Merangkak?". So, sama la jugak cerita tentang berjalan, mesti semua nak baca kan. ehe. Lagipun, apa yang aku tulis sebab nak rekod all the experiences menjadi ibu. Mungkin jugak sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu di luar sana. Hopefully la. hiks!


Proses berjalan Akid cukup mudah even dia start berjalan lambat sedikit berbanding budak-budak yang sebaya dengannya. Akid mula berjalan start umur 1 tahun 3 bulan. Maksudnya baru dua bulan la aku duk mengejar-ngejar Akid yang nak panjat sofa, katil, tangga etc. Sekarang ni, Akid umur 1 tahun 5 bulan, berlari belum lagi la. Tapi, kalau jalan tu laju bukan main lagi. Joget-joget pun pandai. Haha.

29 Julai 2015 - His very first step! And he just can't stop walking all the days. Haha

Ceritanya, masa tu maghrib. Aku saje je la suruh dia berdiri and then, aku lepas dia. So, aku jarakkan kedudukan aku dengan dia. Slow-slow, aku panggil dia. Aku suruh dia datang dekat aku. Kalau tak silap, dua atau tiga kali aku panggil dia start melangkah dengan lajunya. So, lepas tu dia macam nak terjatuh lepas dah mula dua, tiga langkah. Lepas jatuh, bangun lagi. Jatuh lagi,bangun lagi. Sampai lah dia dapat melangkah dengan baik. Tapi, seriously, it takes times. Jangan assume, once dia dah start melangkah, dia terus melangkah dengan banyak dan stabil. Ambil banyak masa sebab tahap keberanian seseorang bayi tu tak sama tau. Macam Akid nampak macam teragak-agak nak melangkah. Takut jatuh la tuh. Ehe. Hari kedua, bila aku suruh berjalan dia taknak. Dia merangkak je the whole day. Aku ni macam geram la jugak sebab nak rekod video dia jalan. Tapi, dia taknak jalan la pulak. Haha. Kebetulan suami outstation, nak la hantar gambar bagi babah dia tengok dia berjalan kan. Tapi hampeh, memang satu hari tu dia tak berjalan! kahkah

Dan hari seterusnya dia sendiri bangun berjalan. Masa tu penat la ibu dia nak kejar. So, bagi ibu-ibu yang anaknya belum berjalan, jangan risau okay? Belum tiba masa mungkin? Mungkin baby korang nak manja-manja dukung-dukung lagi dengan korang. ehe. Once dia dah start berjalan, habislah dia dah taknak orang pegang lama-lama! Jadi rindu la pulak zaman dorang masih kecik. :)

Dulu masa Akid belum jalan tapi nampak budak sebaya dia dah berjalan, aku pun risau sangat-sangat. Selalu tanya husband, bila Akid nak jalan. Nak tengok dia jalan la apa la. Selalu google perkembangan bayi. Tapi, biasanya aku selalu baca yang babycenter tu. Korang try la baca kat situ, baca kat situ tenang siket hati. Sebab dia bagi fakta yang betul kan. Banyak kali entry babycenter menekankan bahawa perkembangan setiap bayi tidak sama! Lagi-lagi kalau bayi tu lahir pramatang, memang akan berlaku sedikit kelewatan berbanding budak lain. :)

Hopefully, pengalaman yang aku tulis sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran ibu-ibu tentang perkembangan anak masing-masing. :)



Happy reading!




Thursday 15 October 2015

Guna lirik lagu untuk buat essay!

Assalamualaikum.

Hi.

Dulu zaman aku sekolah, jadi teenagers yang sangat menggilai muzik inggeris, sangat mudah menghafal segala jenis lagu inggeris, relate kan dengan diri sendiri. Zaman baru nak up. Sesungguhnya merindui zaman dulu, tanpa teknologi yang teramat canggih. Dulu dengar lagu pakai walkman RM10 beli dekat pasar malam. Bawak ke hostel, kalau kena rampas, beli lagi. :) Memori betul. Simpan walkman celah dalam tilam, dalam tiang katil & banyak tempat lagi jadi mangsa tempat kami sorokkan walkman murah itu. Sorok daripada AJK asrama & warden. Ehe.

Dan sebab lagu inggeris, aku sanggup buat scrapt book tampal lirik lagu yang aku print. Kalau ada perkataan yang aku tak tahu maksud, check kamus. Beratus-ratus lirik lagu aku tampal. Dan lirik lagu juga aku alter menjadi sebuah karangan bahasa inggeris. Secara jujurnya, aku tak suka belajar inggeris di dalam kelas, ikut silibus. So, caraku melalui lagu. Aku fikir aku ni seorang manusia yang menjurus ke arah auditory person. kehkeh. Tapi, serously lirik lagu zaman dulu, zaman aku remaja memang sangat membantu untuk aku score bahasa inggeris. Lirik lagu sekarang, no komen. ehee.

Sebabnya, sejak aku mengandung aku stop dengar lagu. Tapi, dalam radio masa tengah driving tu tak dapat elak la. Yela, masa pregnant kan kita nak yang terbaik untuk anak. Bagi dengar mengaji. Tahan diri daripada dengar lagu padahal peminat tegar ni. aha. Alhamdulillah berjaya.

Tapi, 2,3 hari ni, terasa nak throwback sebab dalam radio terdengar dorang putarkan lagu lama-lama. Terus buka youtube. Search lagu lama-lama. Yang aku perasan, lagu-lagu lama, era 90an - awal 2000an, dorang punya lagu sangat penuh dengan motivation. Yes aku suka macam tu. Aku dengar vukan untuk lagho. Tapi aku suka dorang punya lirik, bukan penuh dengan cintan-cintan. Tapi sangat membantu untuk build innerspace seseorang tu. Remaja terutamanya. Contoh:


  1. What doesn't kill you make you stronger, Kelly Clarkson.
  2. Firework, Katy Perry.
  3. Skyscraper, Demi Lovato.
  4. The climb, Miley Cyrus.
  5. Save me, Simple Plan. - Dedicated to cancer survivor. :')
Ni contoh. Banyak lagi. Tapi, banyak penyanyi kat atas ni dah merepek dah lagu-lagunya. Bila aku tengok youtube, tengok komen, rupa-rupanya ramai yang tengah throwback, marathon lagu era zaman-zaman sebelum generasi sekarang ni :)

Oleh kerana kegigihan menghafal lagu & guna dalam exam, UPSR, SPM dapat A untuk English. MUET tak payah repeat. Sekali je ambik MUET :) 

Menulis ni sekadar berkongsi pengalaman sebab aku memang minat muzik, bukan tujuan untuk riak. 


Happy reading. 

Wednesday 2 September 2015

Teruskan BREASTFEEDING?

Assalamualaikum!

Oh hai. Lama tak menulis dekat blog ni. Idea nak menulis banyak tapi si kecik sekarang ni macam addicted sangat nak tepuk-tepuk laptop si ibu. Bukan addicted nak main laptop ye, hanya nak tepuk-tepuk untuk menghasilkan bunyi :P. Kalau dibiarkan, sah-sah aku kena tukar laptop baru. kihkih. So, kalau nak online hanya guna handphone je. Tapi tu la, aktiviti online pun macam tersekat sebab si Akid dah pandai pulak tarik-tarik tangan if nampak aku pegang handphone. Lagi-lagi time aku menyusu. Akid suka menyusu sambil baring. So, kebiasaannya aku akan main handphone masa tu tapi semenjak Akid pandai alihkan perhatian aku daripada handphone ni, aktiviti online terbatas lerr. Tapi, as usual tunggu dia tidur baru boleh baca news, scroll fb, scroll ig etc.

Alhamdulillah.

Setakat hari ini, Akid dah berumur 1 tahun 3 bulan, aku masih meneruskan penyusuan secara direct. Aku tak pump sebab Akid memang taknak botol bila aku ada. Kat taska dia minum je botol. Kalau nampak aku, dia excited nak direct breastfeed. So my breastfeeding journey masih berbaki lagi 9 bulan. Aku memang berharap cukup 2 tahun aku susukan Akid. Itu hak mereka kan. Tapi, bagi yang alami masalah untuk kekalkan susu badan, jangan sedih ya. Rezeki setiap orang berbeza. Aku tak suka orang judge someone we don't know her problems. Mungkin mereka dah berusaha nak kekalkan susu dalam badan mereka tapi tak dapat. Asalkan setiap orang cuba mengekalkan susu sebelum surrender, tu dah kira baik. Ada yang pregnant rapat-rapat, so tak boleh teruskan penyusuan. Ada yang bengkak susu semasa pantang, pastu kena operate sebab dah jadi ketulan, so dorang tak dapat nak menyusu. See.. semua orang have the different situations. We can't judge based on our experiences. Our experiences mungkin tak sama dengan orang lain. So, as for me, stop judging!

Alhamdulillah. Syukur Allah beri rezeki untuk aku dan Akid meneruskan breastfeeding sehingga ke saat ini. Tiada orang lain yang benarkan ia berlaku kecuali Allah. Tapi sebagai manusia kita boleh usaha untuk maintainkan susu badan. Allah kan suka orang yang berusaha. hee. Bagi pendapat aku secara personally, perkara utama haruslah mind set! Aku cuba setkan dalam minda setiap masa, setiap waktu untuk aku teruskan breastfeeding Akid sehingga Akid berumur 2 tahun. 9 months to go.. it's a very long journey for me. Tapi aku percaya aku mampu lakukan untuk Akid. Itu hak dia. Sebagai ibu, wajib aku tunaikan. Yang kedua, kekalkan pengambilan air sebanyak 2liter sehari ATLEAST! Pengambilan air yang mencukupi juga membantu perjalanan penyusuan anda. InsyaAllah, harus diingat dengan izin Allah ya. :)

Selain itu, aku mementingkan pengambilan supplement supaya tubuh badan cukup kuat untuk meneruskan aktiviti penyusuan. Yela.. bila menyusu ni segala khasiat-khasiat yang diperlukan oleh tubuh akan disalurkan ke susu jugak. So, sebagai ibu menyusu ibu seharusnya makan makanan yang berkhasiat untuk menampung jumlah nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Alhamdulillah.. dengan pengambilan supplement, aktiviti penyusuan berjalan dengan sungguh lancar! :P Apa yang aku usahakan adalah aku jadikan amalan minum ESP setiap hari. ESP tu Energizing Soy Protein, salah satu produk yang aku amalkan semasa pregnant. Aku dah pernah tulis berkenaan ESP dalam entry sebelum ini iaitu Tips Kulit Bayi Cantik dan Tips Kulit Cantik. Boleh klik dan baca ya untuk rujukan kawan-kawan semua. ehee. Selain untuk cantikkan kulit, opkos untuk banyakkan dan pekatkan susu badan jugak! Multipurpose uols. :P

Alhamdulillah ESP sememangnya sangat sesuai untuk ibu bekerja seperti aku ini. Mana nak ber'silat' kat tempat kerja lagi, nak bersilat dengan anak yang baru dapat kaki lagi, nak bersilat dengan periuk kuali di dapur lagi, bersilat la dengan segala kerja rumah tu. hehe. So, diri ini sangat berpuas hati dapat minum ESP untuk bantu diri ini bersilat di mana sahaja. haha.

Okay. Itu sahaja celoteh ku kali ini. InsyaAllah next entry aku akan kisahkan tentang Akid yang baru dapat berjalan. Khusus untuk ibu-ibu yang risau anak-anak mereka belum berjalan even dah umur setahun ++.

Baby Shaklee :P (Pulau Redang 2015)




Oh ya. Kalau nak cuba ESP dan jadi supermakk, boleh contact daku ye.

Asma
0169215916


Happy reading!

Friday 17 April 2015

Nak hilangkan jeragat?

Assalamualaikum. 

Hi.

Sebagai seorang wanita memang wajib rasa risau kalau kulit wajah tak mulus bersih cantik licin dan sebagainya. You name it. Bila sebut kecantikan je mesti nak kaitkan dengan wanita. Ye kan? Even jerawat batu naik satu ketul pun, wanita akan gelabah tak tentu arah. Jerawat batu sakit tau. Kalau boleh taknak kisah jerawat batu tumbuh seketul berulang sebab apa jerawat batu biasanya akan tinggalkan parut yang hitam atau berlubang. :( oh tolong sangat tak suka kan.

Eh tajuk kat atas pasal jeragat, kenapa cakap pasal jerawat? :') Nampak tak betapa antinya dengan jerawat? hehe. Okey kita back to the point la, aku sebenarnya nak cerita pasal jeragat. Sebab aku memang seorang wanita yang dilahirkan dengan kulit yang jenis berjeragat. Makin aku berusia makin jeragat mula bertambah. Jeragat is pigmentation kan? Mula-mula aku buat tak endah je, so bila suami aku start tegur pasal muka aku yang nampak makin banyak pigmentasi ni, aku dah cuak! Ye aku tahu masalah aku makin menjadi-jadi la ni. Dah la muka berjeragat, tambah kulit kusam dan pucat lagi membuatkan aku tak confident. Suami cakap aku nampak macam orang sakit. Start tu, kitorang mula mencari produk-produk yang boleh menghilangkan jeragat tapi satu produk pun tak melekat dengan aku sebab tak berkesan! Dah la aku culas bab2 nak tepek2 produk kecantikan ni. Pemalas kan?

Sehinggalah aku cuba vitamin e shaklee. Mula2 tak nampak kesan. Aku dah risau sebab aku baca testimoni, ramai yang berkesan. Bila time aku consume tak berkesan la pulak. Haruslah cuak sebab aku taknak jeragat di muka aku bertambah! :'(

Tapi aku tak putus asa, alang-alang dah beli, aku cakap aku kena habiskan jugak satu botol ni. Maklum lah satu botol vitamin e shaklee boleh tahan sampai 4 bulan. Aku makan tak sampai dua bulan masa tu. Hahaha. Ada hati nak dapat kesan secepat yang boleh ye? Korang kena tahu semua produk Shaklee ni adalah semulajadi. Apa-apa je yang semulajadi mestilah ambik masa untuk pulih sebab ia merawat dari dalam, bukan luaran semata-mata.

So, aku terus konsisten makan vitamin e. Tiba-tiba suami aku tegur, "eh dah tak nampak sangat bintik-bintik hitam tu". Kau tahu aku dah buat lompat bintang sepuluh kali kau tahu? hahaha. Suami aku lah yang perasan keberkesanan produk shaklee tu. Lepas tu siap cakap muka dah berseri-seri tak macam orang sakit. hihi. Seriously, no more kulit pucat dan kusam. Happy sangat!

Korang, kalau ada masalah macam aku, tolong lah consume vitamin e ni. Ia merawat dari dalam. Memang lah ambik masa berbulan-bulan tapi memang berkesan InsyaAllah. :)




Untuk sebarang order & consultation, 
boleh hubungi 
Asma
016-9215926
Shaklee Independent Distributor

Friday 3 April 2015

Takut bila anak belum merangkak??

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share satu benda yang menjadi kebimbangan aku sejak mempunyai anak. Aku ni mudah risau kalau pasal anak ni, nasib baik suami yang akan cool kan aku. haha. Biasa la perempuan kan, mesti mudah je nak fikir bukan-bukan. :P

Salah satu benda yang aku selalu risau adalah tentang perkembangan anak aku. Aku sibuk duk compare dengan anak orang lain. Korang jangan taw compare2 ni sebab setiap anak tak sama dia punya perkembangan. Lagi-lagi pulak aku pernah terdengar kalau anak lelaki dia punya perkembangan lambat berbanding anak perempuan. Tak tahu betul ke tak sebab anak sepupu aku, lelaki jugak, 3 bulan dah pandai merangkak dan tumbuh gigi. Haha. Anak aku dah 10 bulan ni, tumbuh gigi pun belum lagi. Orang tua kata ayah dia tanam uri dalam sangat! boleh camtu? Haha

Aku ni banyak orang aku comparekan, maklum lah masa beranak ari tu sama bulan pulak dengan officemate 3 orang. Memang lah aku asyik macam, "eh kenapa Akid belum lagi ni? eh kenapa Akid belum lagi ni?". Tiap-tiap hari aku duk tunggu Akid nak merangkak. Tiap-tiap hari tunggu Akid duduk sendiri. Tiap-tiap hari duk google tanya pengalaman orang. HAHA.

Antara ayat yang selalu aku search;

"Bayi umur 7 bulan belum merangkak"
"Bayi umur 8 bulan belum merangkak"
"Bila bayi akan pandai duduk sendiri"

and so on.. suami aku macam dah fedup aku duk risau tak tentu pasal. Haha. Tapi, tu la mak-mak memang camni kan? Ok sep siket..

Tapi berdasarkan pembacaan aku, it's normal bayi tak merangkak sebab ada bayi yang memang tak merangkak tapi terus berdiri and jalan. Paling baik, kita motivate dia untuk merangkak sebab sewaktu baby merangkak, dia akan merangsang saraf-saraf motor yang halus seterusnya merangsang sel-sel otak. Masa tu la sel-sel otak mula berhubung. So, sebab tu orang cakap budak yang merangkak lagi pandai berbanding budak yang tak merangkak.

Subhanallah. Allah jadikan merangkak tu bukan sekadar merangkak. Merangkak merupakan satu kemahiran untuk mengimbangi kepala bayi, menguatkan leher, otot lengan serta kaki bayi. Merangkak juga dikatakan mampu untuk merangsang kemahiran membaca dan menulis mereka. If anak-anak korang jenis tak merangkak, tak terlambat lagi untuk korang stimulate anak korang untuk merangkak. Caranya korang juga kena merangkak, so that anak korang akan ikut, tak kira la berapa umur anak korang sekarang, it's never too late yeah! Jangan la bagi main gadget je okay? -_-'

Ok sambung balik kisah anakku yang masih tak merangkak tadi, lepas dah google everything. Lepas dah yakin akan tiba masa untuk anak kita pandai merangkak dengan sendiri, aku dah tak risau dah. Lagi-lagi, sejarah aku memang aku tak merangkak. So aku assume keturunan aku jenis tak merangkak. Boleh? Hehe. Pastu aku ada terbaca if anak tak merangkak tapi dia still menunjukkan efforts dia untuk bergerak ke hadapan ke belakang, memanjat, mengengsot and what so ever called as moving, the it should be okay. No need to worry yeah. It's normal. Tapi, kalau anda korang tak menunjukkan langsung efforts dia untuk moving, then you should go to see a doctor. Itu yang aku baca dan faham. So mommies out there yang ada feeling macam aku ni, korang jangan la risau-risau ye. kita okay je tahu? As long as anak kita still aktif :)

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan anakku bergerak macam menyusur tu, ala macam cerita mortal combat tu, Akid mula menunjukkan kedudukan merangkak yang betul. Tapi slow-slow la. Well, as i said setiap budak tak sama. JANGAN COMPARE! Kesian dia. Tapi, paling bersyukur, walaupun lambat dari segi pergerakan, Akid mudah nak menyebut apa-apa. Akid dah boleh panggil ibu dan babah. Kalau time nak susu, nangis sambil panggil aku, "buuu..buuu..buu". meresap dalam jantung anak dah pandai panggil aku :') 

Hari tu kawan aku pun terkejut dengar dia panggil aku ibu even masa tu umur dia 7 or 8 bulan. Tak ingat sangat. As i mention earlier, PERKEMBANGAN BUDAK TAK SAMA. Ni tengoklah nanti Akid berjalan umur berapa. Hehe. Akan tiba masanya even anak sepupu aku sebelah rumah tu dah laju jalan walaupun umur sama. Takpe bebeh, it's normal. No need to worry much :)



thanks for reading! :)




  


Sunday 29 March 2015

Pening nak cari idea untuk baju bridemaids?

Assalamualaikum..

Hi. Ari ni terasa rajin pulak nak update tentang baju bridemaids yang aku dan kengkawan pakai masa majlis bff kitorang. Al-kisahnya kami ni memang akan jadi bridemaids masa bff kahwin, tak pernah buat perjanjian pun tapi entah macam dah jadi macam wajib buat since kali pertama aku dan kengkawan discuss pasal baju bridemaids adalah masa aku kahwin, 2 tahun lepas lebih kurang. Setakat ni baju bridemaids yang terkumpul adalah 4 pasang. More than 5 baju to go. Haha. Tahun lepas dan tahun ni je dah 3 pasang uols. Kitorang cakap dah boleh buat baju raya sebab pakai baru sekali. Jimat u! :)

p/s: tanpa bridemaids, tak jadilah fairy tailes di hari wedding uols. hehe. so, cepat2 booking kengkawan korang untuk jadi bridemaids korang XD

Tujuan entry ni dibuat hanya sekadar nak bagi idea tentang colours basically. Sebab kitorang pun memang tak samakan pun jenis baju, kitorang samakan colours je. So design and style baju ikut selera masing-masing, sama ada jubah ke, dress ke, baju mini kurung ke, baju kurung moden ke.. Haa banyak dah ni aku bagi idea. XD


Pink + Lacey + Stripe
Tahun 2013
Bridemaids on my wedding day
Blue Turqoise + Gold
Tahun 2014
Fatin's Wedding Day










Pink + Blue Turqoise
Tahun 2014
Kema's Wedding Day




Yellow + Dusty Purple
Tahun 2015
Ain's Wedding Day


 Okey dah dapat idea ke tak untuk bridemaids? Uols suka yang mana.. boleh la ambik untuk contoh ye. :)

Okey uols. Have a nice day. Budak kecik tu dah bangun tidur. :)

bye!



Tuesday 24 March 2015

Nak fully breastfeeding?

Assalamualaikum.

Hi. Hari ni nak cakap pasal topik breastfeeding memandangkan aku memang ibu yang fully support breastfeeding. Kalau pergi klinik, nampak tak poster banyak-banyak yang support breastfeeding? Haa aku macam tu la, semangat nak fully breastfeeding. Hee. Uols kan tahu banyak kelebihan breastfeeding bagi baby and ibunya jugak. Lagipun, susu ibu kan hak baby kita. So, we must try as much as we can to make sure our breast milk akan sentiasa melimpah ruah. Aminnn. :)

Untuk pengetahuan semua, aku fully breastfeeding sampai sekarang, anak aku dah umur 10 bulan. Yee aku tahu baru 10 bulan, tak sampai setahun jagung lagi tapi bagi aku dengan cara menulis dan berkongsi dengan korang semua akan menaikkan lagi semangat aku untuk increase my milk's production! Hopefully korang yang baca ni pun akan bersemangat nak breastfeed anak korang sampai umur dua tahun.

Aku sebenarnya takut.. sebab aku bukan breastfeeding mom yang simpan stok susu dalam peti ais. Aku cuma direct breastfeeding, aku tak pump susu, aku hanya DIRECT sahaja. Lagipun aku ibu yang bekerja. Pernah dengar tak orang cakap kena pump susu untuk tambah production susu? sebab tu aku takut. Hee. Tapi, aku sentiasa berfikiran positif bila orang mencadangkan aku pump susu. Aku bukan taknak pump tapi aku rasa membazir sebab baby aku taknak hisap sangat melalui botol susu. Kalau nak hantar nursery susu tu, nursery macam taknak terima sangat sebab leceh kan. I is sedih. Takpeee la. Sejak tu aku memang tak pump susu. Aku mengharapkan stimulate daripada mulut baby sahaja untuk tingkatkan production susu. InsyaAllah rezeki untuk baby aku berpanjangan. :)

Rahsia aku untuk maintain penyusuan adalah, aku akan sentiasa susukan baby aku setiap kali baby ada dengan aku. Masa cuti sekolah, oh aku seorang cikgu :), aku akan direct breastfeeding je. Tak bagi botol langsung. Ramai yang cakap jangan buat camtu sebab nanti anak taknak botol bila kembali ke nursery. Aku boleh buat derk je. hee. Bukan taknak terima pendapat orang, tapi sepert yang aku cakap tadi, aku kan tak pump, so dengan cara direct breastfeeding je aku dapat stimulate production susu. Alhamdulillah. Setakat ni, rezeki anak aku ada.

Even masa aku masuk hospital 3 hari, aku bawak anak aku duk sekali dekat Hospital Serdang. Masa tu aku nak operate apendiks. Baby aku umur 9 bulan masa tu. Doktor and nurse faham aku breastfeeding. So dorang benarkan aku duk dengan baby. Hospital kan mesra penyusuan susu ibu. Alhamdulillah. Dapat gak teruskan penyusuan.

Selain itu, untuk tambah susu badan, aku akan sentiasa tingkatkan pengambilan air masak seharian sebab aku perasan kalau time minum air tak cukup, mesti br**st tak bengkak. hihi. Air masak penting taw untuk ibu yang menyusu badan.

Satu lagi, rahsia aku untuk tambah dan maintain susu badan, aku minum ESP! Alhamdulillah susu pekat melimpah ruah. Allah bagi rezeki melimpah ruah untuk anak aku. ESP ni salah satu usaha untuk membantu tambah susu aku je. Yang penting Allah yang bagi rezeki. Tapi, kalau korang nak cuba berusaha dengan ESP takde salahnya sebab aku memang terasa berbeza bila tak minum ESP. Susu jadi cairrr.. boleh nampak perbezaan kaler susu. Hehe. Kenapa aku nak pekatkan susu aku? Sebab aku nak anak aku kenyang lebih cepat dan lama. So, bolehlah dia tidur cukup-cukup sebab dah kenyang. Aku rasa ESP sangat membantu aku dalam penyusuan. Alhamdulillah. Time aku tertinggal / tak minum seminggu, memang nampak susu jadi cair,

Kalau korang nak cuba ESP, boleh la nak tanya aku pun. Aku boleh explain panjang-panjang. Aku consume pun dah lama, boleh nampak kesan-kesan lain kat tubuh badan. Yang pasti memang best!

Aku harap aku mampu teruskan penyusuan sehingga anak aku umur 2 tahun. Bersemangat waja taw dak. Hee.



bye!


Thursday 12 March 2015

Bahayakah Keputihan?

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Semoga semua sihat2 hendaknya. Ahamdulillah masih diberi kesempatan untuk membuat kebaikkan dalam hidup. Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya. InsyaAllah.

Lama tak coretkan sesuatu di blog ni. Sibuk sangat dengan sekolah sampai tak sempat nak update blog. Bila dah balik rumah, lagi la tak sempat nak godek blog sebab si kecik tu suka sangat pukul2 laptop ni. Jeles sangat kalau ibu mengadap laptop, tak mengadap dia. hehe. Alhamdulillah si kecik dah pandai macam2, yang terbaru pandai crawling dah macam cerita mortal combat je ibunya tengok. haha

Panjang sangat pendahuluan ni, sebenarnya ibu Akid ni sorang nak berkongsi satu masalah yang kebanyakkan perempuan alami, KEPUTIHAN! Ya semua orang perempuan tahu dan faham bahawa keputihan tu sangat tak selesa dan menggelikan. Lagi-lagi yang keluar banyak, plus gatal lagi. Pastu lagi tak menyenangkan bila keputihan tu menyebabkan kegatalan di sekitar vagina. Bila dah gatal, makin digaru makin sedap. Lepas dah garu mula la menyesal sebab dah pedih2 sebab luka melecet dekat bahagian tu. Tiap2 hari perkara sama akan terjadi. Sanggup ke nak hadap masalah ni seumur hidup??? mestilahhh takk kan? Scary laaaa..

Tapi, the truth is banyak customers ku mengadu dapat masalah ni. Paling teruk akibat digaru, ada parut dekat bahagian tutttt. Dah la tak kahwin lagi. Dia cakap camna nak menghadap suami bila dah kahwin nanti.. malunyeeee.

Tapi, jangan risau kataku. First, mestilah kita cuba cari solution untuk menghilangkan keputihan?kawan saya pernah ada keputihan yang teruk tahap kuning2 tapi masa tu saya belum lagi consume Shaklee. So, tah tahu menahu pasal Shaklee. Saya teman kawan pergi klinik, jumpa doktor untuk begitahu masalah yang dia hadapi. Doktor bagi ubat yang insert kat bawah tu. Then, hilanglah keputihan. Tapi, sakit lah nak insert tu katanya. haha. Kalau saya consume Shaklee awal2, mesti saya dah suggest apa yang Shaklee ada untuk rawat keputihan. hehe

Shaklee tawar apa?

Nak tahu ke? okay camni apa Shaklee tawarkan ni tak susah pun. Telan je tablet tu. Tapi, kena konsisten la. InsyaAllah keputihan tersebut boleh hilang. Percayalahhh! hehe. Ada ke pembaca2 saya ada masalah yang sama dengan kawan saya? Ada yang nak tahu tentang Shaklee? Kalau ada boleh contact saya ya untuk tahu lebih lanjut. :)


asma || 016-9215926


Ni la dia pengubat keputihan tu..


TQ for reading!






Thursday 1 January 2015

Tips Atasi Masalah Ketagihan Merokok

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak share berkenaan dengan cara mudah untuk atasi masalah ketagihan merokok. Apa yang saya tahu, untuk berhenti rokok tersangatlah susah sebab ianya adalah suatu ketagihan. Dan saya tahu, ramai sangat yang ingin dan telah mencuba untuk berhenti, tetapi tidak sampai sehari, badan mula menggigil seperti ingin demam, kepala mula pening, mual-mual serta simptom-simptom lain lagi. Disebabkan simptom-simptom ini, ramai yang berputus asa untuk berhenti merokok. Mereka lebih suka berkata,

"Ahh.. susah la nak berhenti. Dah penat cuba.."
"Tak nak la berhenti.. nanti mula la badan menggigil nak demam.. "
"Ingat senang ke nak berhenti? "

Dan pelbagai lagi seribu alasan yang mereka cetuskan di fikiran mereka.

Jadi, pada permulaan bulan Januari 2015 ini, siapa yang tanamkan azam untuk berhenti merokok, saya boleh bantu. Saya akan berikan cadangan bagaimana ingin berhenti merokok tanpa ada simptom-simptom yang saya senaraikan di atas.

Sebelum itu, saya ingin tunjukkan kepada anda, apa yang terkandung di dalam sebatang rokok.


Kandungan Sebatang Rokok


Jika anda adalah seorang perokok, fikirkan lah, anda sebenarnya sedang merosakkan tubuh badan anda sendiri. Jika anda pembaca blog saya dan orang tersayang anda susah untuk berhenti rokok, saya boleh bantu anda untuk bantu orang tersayang anda. InsyaAllah.

Apa yang saya boleh bantu adalah dengan menggunakan supplement VIVIX SHAKLEE. Saya berani katakan bahawa vivix Shaklee mampu menghentikan tabiat merokok. Sudah ramai pengguna vivix Shaklee yang berjaya berhenti rokok seawal 2 minggu!

Untuk meyakinkan anda, saya ingin sertakan testimoni pengguna vivix Shaklee yang telah berjaya untuk berhenti merokok.

berhenti merokok dengan vivix shaklee

Alhamdulillah. Syukur sangat pengguna ini berjaya berhenti merokok. Tugas saya untuk maklumkan kepada anda bahawa Vivix Shaklee mampu membantu anda untuk hentikan merokok. Berhentilah merokok tanpa ada simptom-simptom yang saya senaraikan di atas!

VIVIX Shaklee



Happy reading!


Berminat?

Asma
Call/ SMS/ WhatsApp : 016-9215926
Emel : nurasma303@gmail.com