Iklan Jap!!

Friday 8 January 2016

Second Pregnancy [Part 1]

Assalamualaikum!

Hai. Sebenarnya sebelum entry ni di post, aku dah tulis lama dah since aku tahu aku pregnant. Tapi, sengaja simpan dalam draft dulu sampai la aku betul-betul confirm aku mengandung. ehe. Eh dah kenapa camtu? Sebabnya aku menghadapi kekeliruan sama ada aku betul-betul pregnant ke. Tapi seriously aku sangat yakin aku pregnant walaupun doktor dengan confident kata takkk sebab masa first scan tak nampak apa-apa! :') Naluri seorang ibu mungkin?

Sewaktu aku tahu aku pregnant Akid umur setahun 5 bulan, masa tu perasaan bercampur baur. Aku gembira aku pregnant lagi tapi dalam masa yang sama kesian dekat Akid sebab masih breastfeeding. Aku nak breastfeed sampai 2 tahun. Sejak tahu aku pregnant, aku dah sematkan dalam hati nak layan Akid dengan sayang yang melimpah ruah, overdose kata orang. Nak manjakan dia puas-puas. At least bila adik baby keluar, aku tak menyesal sebab tak layan overdose. ehe. Sekarang pun aku layan overdose tau, tapi nak bagi kasih sayang tu infinity untuk dia sorang sekarang ni. Fokus betul-betul kat Akid sebab nanti adik baby keluar, fokus dah terbahagi dua. Haa camtu.

Camne aku dapat tahu aku pregnant lagi?

Bila period dah lambat sangat. Tapi since period aku baru datang selepas akid umur cukup-cukup setahun 2 bulan, jadi aku macam tak pasti betul ke aku pregnant? Ke hormon tak stabil je? Jadi aku biarkan dulu sampai lah aku dikehendaki menjadi guru pengiring untuk lawatan sekolah ke FRIM. FRIM tu hutan simpan, so memang pergi sana masuk dalam hutan, treasure hunt, naik canopy walk, boleh dikatakan aktiviti yang lasak la. So, suami suruh buat test upt. In case memang positif aku pregnant, aku boleh tarik diri daripada join aktiviti tu.

24 Oktober 2015

First test UPT, suami beli UPT di farmasi. Malam terus test, naik double line tapi kabur sangat-sangat line satu lagi. So, sebab kawan aku pernah test, kabur jugak tapi tak pregnant. Aku masih tak percaya lagi. So biarkan dulu. Suami macam yakin aku pregnant. Aku cakap takpe, nanti test lagi.

28 Oktober 2015

Tinggal 2 hari lagi sebelum aku kena jadi guru pengiring ke FRIM. Kawan-kawan suruh test UPT lagi. Aku beli brand paling murah RM5.60 di watson, brand DISLOSURE. UPT tu berbentuk kaset. Balik rumah aku try test, double line tapi still kabur. Bezanya line kabur tu makin terang berbanding dengan first test yang aku buat. So, aku semakin yakin aku pregnant. Malam tu jugak kami ke klinik untuk scan, aku nak double confirm.

Double line
Satu line terang, satu line kabur


Sampai di klinik, aku cerita semuanya dekat doktor. Doktor terus cakap, jom kita scan. Bila scan, doktor kata rahim aku kosong je. Takde apa-apa, doktor cakap aku tak pregnant pun. Masa tu frust jugak sebab dah happy aku mengandung. Ingatkan ada la adik baby kan. :") Doktor cakap mungkin hormon je tu. Jadinya upt menunjukkan false positive. Sedih tapi entah kenapa aku rasa doktor tu silap. Aku yakin aku pregnant. Haa nak jugak. hihi. Doktor ada pesan, aku still kena sentiasa check in case memang betul-betul pregnant.

So, dengan yakinnya aku pergi ke FRIM. Aku memang serah segalanya kepada Allah. Tapi still, aku berhati-hati. Doa tak putus-putus. Jika ada nyawa dalam kandunganku, semoga Allah peliharakan.

5 November 2015

Aku still tak period lagi. Aku pergi FRIM hari tu penat tak hilang lagi. Dengan perut rasa cramp. So rasa makin yakin aku pregnant. huhu.Aku beli lagi UPT. Alhamdulillah double line lagi tapi dua-dua line sama terang! Aku tunjuk kat suami, suami cakap ye dah tu aku pregnant. ehe.

Double line
Dua-dua sama terang
Yang kali ni ambik gambar malam, lighting tak okay :)
Sepanjang tempoh menunggu confirmation ni, aku memang ada la baca-baca pengalaman orang. Aku boleh simpulkan, if korang test kabur, korang tunggu seminggu atau dua minggu kemudian, buat lagi UPT. If negatif, maksudnya yang korang buat first tu, mungkin false positive. If, korang buat seminggu atau dua minggu kemudian, line makin terang, maksudnya chance untuk korang pregnant memang cerah! Sebabnya, line makin terang memberi maksud bacaan HCG makin meninggi. HCG tu hormon yang dikeluarkan oleh plancenta. Memberi maksud juga kandungan korang membesar dengan baik. :)

InsyaAllah.

7 November 2015

Oleh sebab aku kurang menyabor untuk tahu betul ke aku pregnant ni oiii, aku ajak husband pi klinik sebab nak scan. Haha. Husband cakap lah,

"kita tunggu la dua minggu lagi, takut kecik lagi, nanti tak nampak, susah hati lagi."

Aku cam frust la tak dapat pergi. Tapi, hati memang nak sangat pergi. Pujuk punya pujuk, husband ok jela dengan idea aku ni. Haha. Petang tu jugak pergi klinik, sengaja aku tak kencing daripada zohor sebab nak bagi pundi kencing penuh. Tujuannya, bila pundi kencing penuh, senang la nak nampak ada ke tak baby dalam rahim. :)

Sampai klinik, aku memang tak tahan nak kencing. Nasib baiklah aku sorang je datang klinik tu, so lepas register terus masuk jumpa doktor. Doktor terus scan, and then kantung dah nampak :') Akid nak jadi abang dah. ehe. Tapi, baby belum nampak lagi. Still, aku puas hati sebab dah nampak progress kandunganku. Minggu lepas scan kan tak nampak apa-apa lagi. Doktor cakap ikut kiraan tarikh period sepatutnya janin dah berusia 8 minggu. Tapi mungkin sebab period aku tak stabil, kemungkinan janin tu belum lagi berusia 8 minggu sebab tu masih tak nampak. So, doktor suruh repeat scan lagi 2 minggu nak ukur saiz baby untuk kira umur sebenar janin.



P/s: Aku tulis mengenai pregnancy bertujuan untuk merekod segala kenangan. Untuk first pregnancy, aku tak menulis. Kenangan yang details, aku dah lupa. Sebab tu, di awal kandungan ni, aku terus tulis.

Hope boleh jadi panduan untuk sesiapa je yang membaca.

Setakat ni, aku maintain mengambil shaklee as a supplements sepanjang pregnancy aku. :)


Happy reading!