Iklan Jap!!

Saturday 17 December 2016

Pneumonia asbab anakku pergi.

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis sebenarnya, kalau tengok pada post terakhir aku adalah mengenai second pregnancy aku. Alhamdulillah, aku selamat bersalin anak kedua pada 28 June 2016, 23 ramadhan. =)

Takdir Allah mengatasi segalanya, umur anak kedua ku tidak panjang. Hanya sempat 73 hari aku menjaganya. Pada 8 Sept 2016, anakku kembali kepada penciptanya.

Anak yang aku lahirkan dengan mudah, perginya pun sangat mudah. 3 bulan peristiwa itu berlaku, namun masih segar dalam ingatan. Sebab pemergian anakku yang diberikan nama Muhammad Saqiif adalah Pneumonia, jangkitan kuman pada paru-paru.

Next entry, aku akan ceritakan dengan lebih detail kronology pemergian anakku. Sebagai kenangan, sebagai rujukan untuk masa hadapan.

Nak letak gambar anak syurgaku, tapi takde apps yang boleh upload daripada phone sekarang ni. Kena install dulu. Nanti la aku upload ye.

Thanks for reading. =)

Tuesday 5 July 2016

Pengalaman bersalin secara VBAC

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Ish tahap kebizian melampau-lampau sampai tak sempat nak menulis, padahal banyak benda nak dikongsikan. Sampaikan dah bersalin, dulu konon-konon nak tulis pengalaman pregnant anak kedua tapi hampeh ada satu post je yang aku tulis. Hihi.

Alhamdulillah aku selamat bersalin secara normal untuk anak kedua pada 23 Ramadhan, 28 Jun 2016 tepat jam 1.23 pagi. Baby boy seberat 3.05kg. Pengalaman yang boleh aku katakan sangat-sangat berbeza daripada pengalaman aku melahirkan anak sulung secara paksa dan seterusnya lead to emergency ceaser. :'( Cerita tentang kelahiran anak sulung dulu boleh refer post lama ye.

Sekarang aku nak ceritakan pengalaman melahirkan anak kedua yang boleh aku katakan Allah sangat mudahkan proses bersalin aku, takde ungkapan lain selain rasa syukur yang tak terhingga walaupun suami aku tak dapat teman masa bersalin sebab Hospital Kajang tak friendly husband. Huhu. Tapi nurse and doctor sporting, so dorang benarkan suami aku masuk masa kepala baby dah nak keluar tu. Suami sempat la tengok aku berjuang untuk melahirkan anak dia. Sebak.

27 June 2016

Aku tak tinggal puasa lagi setakat ni. Hari ni aku still berpuasa cam biasa. Tanda-tanda bersalin takde lagi masa ni, padahal aku sangat berharap aku akan bersalin awal supaya aku tak lagi di induced macam kali pertama bersalin. Sakit yang hanya Allah yang tahu. Tak sanggup nak hadapi tau. Aku selalu doa dipermudahkan bersalin & dihadirkan nurse & doktor yang supportive untuk aku bersalin secara normal kali ni. Tiap-tiap malam aku sembahyang hajat supaya Allah makbulkan doaku. Waktu bangun tahajud pun doa yang sama aku mintak. Maaf tujuan aku tulis tentang aku buat solat hajat dan tahajud tu bukan untuk show off tapi untuk aku share apa usaha yang aku buat untuk mudahkan bersalin. Supaya bila akan datang aku boleh ingat balik apa yang dah aku usahakan untuk Allah permudahkan urusan bersalin aku. Aku totally letakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah selain usaha-usaha lain yang aku buat. Aku akan ceritakan secara detail ye lepas ni.

Okay berbalik kepada cerita pada tarikh ini, pagi tu aku datang sekolah sepetti biasa. Pagi tu aku start rasa sakit senggugut yang mild. Cam braxton hicks gitu. So aku ignore jela. Aku tertido sebab letih sangat. Aku bangun tidur tengahari camtu still rasa sakit yang makin kuat tapi aku still boleh control lagi. Masa ni dah rasa macam contraction. Tapi aku ignore lagi. Sampai la ada kawan aku datang tegur aku, tanya aku takda tanda apa-apa lagi ke, tak rasa apa-apa lagi ke. Aku cakap la aku tengah sakit mungkin braxton hicks kot. Dia cakap eh dah 38 weeks kan, mana ada false alarm dah masa ni. Ish aku dah tak sedap hati, betul ke ni sakit nak bersalin? Aku betul-betul confuse sebab dulu aku induced, sakit dia totally different. Yang aku rasa secara alami ni aku boleh control time contraction datang. Aku boleh mengajar dan masuk kelas dengan normal lagi. Haha. Rasa sakit tapi masih boleh control. Aku mesej husband cakap sakit perut. Husband ajak la ke hospital. Aku cakap takut salah ni, takut bukan sakit nak bersalin. Lagipun takde turun darah atau pecah ketuban ni. Lepas tu aku teringat la dekat membe aku yang bersalin takde turun tanda apa-apa jugak. Aku terus mesej tanya sakit camne. Dia suruh aku catat waktu contraction. Aku pun start catat pukul 2 petang camtu. Gap setiap contraction dah 3 minit sekali. Kawan aku cepat-cepat suruh ke hospital. Aku bagitau husband.  Husband pun ajak ke hospital tapi aku takut false alarm. Kehkeh. Aku pun cakap aku nak tunggu dalam sejam dua lagi nak tengok rasa canne. Pukul 1.30 petang aku ada kelas dengan form 5. Sebab silibus dah habis, aku suruh dorang buat latihan set soalan spm je. Kali ni aku duduk je kat meja guru sambil layan contraction. Contraction makin kuat. Sesekali muka aku berkerut menahan sakit contraction. Budak-budak pun dah pandang aku semacam je sebab muka berkerut-kerut tahan sakit.  Masa tu gap contraction still lagi 3 minit setiap contraction. Kelas habis 3.30 aku cakap kat husband nak pergi ofis dia. Ingatkan nak terus ke hospital.

Aku call mak aku. Mak aku cakap kalau boleh tahan lagi better tunggu dulu sebab takut dorang tahan wad terlalu awal. Mak aku pun fobia tengok aku kena induced dulu. Huhu. Aku call adik aku yang nurse tu tanya dia camne, nak ke hospital ke sebab gap contraction ni konsisten je 3 minit sekali daripada tengahari tadi. Kebetulan kawan dia yang bertugas di wad bersalin ada bermasa, so dia tanya la kawan dia tu. Kawannya cakap better tunggu dulu sebab dorang cakap nanti kalau terus ke hospital dorang akan pasang CTG untuk monitor jantung baby tu. So kena tahan awal-awal la. Lepas fikir-fikir, aku bagitau husband kita pergi malam ni la lepas berbuka sebab kalau dah sampai hospital confirm berbuka pun ala kadar je. Camne aku nak dapaf energy kan? Hehe. Aku cakap aku boleh kawal lagi contraction ni. Masa ni aku boleh drive lagi ni. Time contraction berkerut jugak la muka. Hehe. So husband setuju la dengan pendapat aku.

Lepas husband dah habis kerja pukul 4.30, kami discuss lagi. Tapi discuss dengan husband boleh tahan lagi ni. Padahalnya aku takut sejarah aku bersalin anak first dulu berulang kembali. Huhu. Sepatutnya petang tu kitorang ada nak pergi discuss kitchen cabinet dekat kajang. Nak discuss design and dapatkan quotation, so aku decide. Jom pergi discuss design dulu, karang nak bersalin dah. Nanti tak sempat nak gitau design mana yang aku nak. Hehe. So pergilah kitorang ke kajang. Masa ni contraction dah kuat jugak la. Tapi bila ada gap takde contraction tu aku boleh bernafas dengan normal la. Hehe. Masa di show room kitchen cabinet, sakit dah tak tertahaj dah. Sampai nak berjalan -kejap kena stop time contraction datang. Huu. Lepas dah settle husband discuss, kitorang ke bazar. hanya mampu duduk kejap berdiri kejap. Tapi sempat jugak bagi idea. Hehe. Sampai bazar semestinya aku tak turun. Husband & Akid je pergi beli makanan. Sempat la aku pesan cempedak goreng rm6. Sampai rumah aku solat pastu time berbuka, sakitnya contraction sampai kena stop makan. Tapi time contraction berlalu pergi, aku makan cepat-cepat. Tapi tak habis nasi yang aku makan. Sebab dah sakit sangat.

Lepas berbuka, aku solat magrib, sunat hajat, sunat taubat semua. Mintak ampun dengan Allah mintak dipermudahkan urusan dalam labor room nanti. Masa ni memang sebak, terasa kerdilnya diri ini takde daya lain melainkan memohon ampun dan pertolongan daripada Allah. Menangis la masa ni. Mohon ampun maaf daripada husband jugak. Sebak betul. Aku cakap kat husband aku nak tunggu isyak dulu. Kalau dah sampai hospital takut jadi makin susah. Husband tolong packingkan beg baby and ibu memandangkan aku memang tak ready lagi segala beg baby. Kihkih. Jangan tiru perangai aku. :P

Lepas dah solat isyak, kitorang ke hospital dah lambat sebenarnya, dah pukul 10 lebih. Sampai hospital cek jalan baru 3cm. Dorang buat CTG. Dorang cakap nanti kalau jalan bukak 4cm terus masuk labor room memandangkan aku sorang je nak beranak malam tu. Aha. Lepas tu dorang cek jalan lagi dah 4cm. Terus masuk labor room. Sebelum tu scan dulu, baby semua ok. Pukul 11 malam masuk labor room cek jalan lagi dah 5cm.Lepas tu, doktor pecahkan air ketuban untuk cepatkan bukaan jalan.  Dorang cakap ok 4 jam lagi dorang akan cek jalan. Kalau rasa nak teran panggil dorang. Masa tu aku fikir eh 4 jam lagi ke? Lamanya aku kena tunggu sorang-sorang. Husband tunggu kat luar sebab Hospital Kajang memang tak bagi husband masuk. Sedih jugak la awal-awal tu. Huhu. Lepas je air ketuban pecah, terasa makin kerap dan makin sakit setiap contraction. Rasa nak tercabut pinggang. Masa tu aku tak tengok pukul berapa. Eh tengok jam tapi aku lupa pukul berapa. Kihkih. Mungkin nurse terdengar masa aku duk control pernafasan, dia masuk tanya nak apa-apa tak. Air ke biskut ke. Giler sporting. Aku cakap taknak makan, nak air je. Dia pun ambilkan air untuk aku.  Lepas tu, dia keluar lagi. Merintih la aku sorang-sorang dalam labor room menanti jalan nak bukak. Tak lama lepas tu nurse masuk lagi katanya nak bantu bukakan jalan. Sakitnya ya Allah masa dia tolong bukakan jalan. Aku cakap la sakit. Nurse cakap nanti dia bagi ubat tahan sakit yang cucuk kat punggung tu tapi dorang nak tengok CTG dulu. Belum sempat aku diberi suntikan tu, nurse cek jalan. Aku tak faham la dorang sembang apa bahasa hospital. Haha. Yang aku faham, dorang nak panggil doktor. Doktor datang cek jalan lagi terus suruh aku push. Aku cam pelik. Eh cepatnya jalan terbuka habis. Masa aku push tu, banyak kali jugak la sampai aku penat jadinya. Aku pun tanya doktor, dah berapa cm doktor? Haha. Sempat lagi kan. Doktor cakap dah 8-9cm camtu. Aku tanya lambat lagi ke doktor sbb aku dah penat nak teran. Doktor layankan aje soalan aku tu. Doktor cakap sikit lagi ni tapi aku kena push untuk baby cepat turun. Aku pun duk push la untuk cepatkan full dilated tu. Bila dah kepala baby betul-betul di permukaan rahim, tinggal nak push sekuat hati je untuk baby keluar, nurse & doktor dah kelam kabut nak sediakan alatan untuk sambut baby. Nurse cakap boleh la panggil husband dia masuk.

Husband masuk terus je dia cakap sikit lagi sikit lagi sebab masa ni dia dah nampak kepala baby tu. Aku pun push sekuat hati sampai la keluar kepala baby. Push kali kedua sampai lah keluar badan baby terus nurse letak baby atas dada. Dapat peluang skin to skin dengan baby. Ya Allah nikmat tak terkata. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Rasa kehangatan baby. Masa ni aku hanya mampu sebut Allahuakbar berulang kali. Betapa aku bersyukur sangat-sangat sebab Allah permudahkan urusan bersalinku. Sempat jugak baby terus berak atas badan ibu. Hikhik

Apa yang aku dapat simpulkan, setiap orang, rezeki bersalin tak sama. Setiap anak tak sama. Macam aku anak first, sebelum emergency ceaser, 12 jam aku bertarung dalam labor room menanti full dilated. Last-last ceaser jugak walaupun dah 10cm. Tu pulak induced. Sakit yang double-double tau. Bersalin anak kedua sangat mudah bagi aku, Alhamdulillah. 2 jam setengah bertarung dalam labor room. Baby selamat dilahirkan.

Apa-apa pun aku bersyukur semuanya selamat. Alhamdulillah. :)


Friday 8 January 2016

Second Pregnancy [Part 1]

Assalamualaikum!

Hai. Sebenarnya sebelum entry ni di post, aku dah tulis lama dah since aku tahu aku pregnant. Tapi, sengaja simpan dalam draft dulu sampai la aku betul-betul confirm aku mengandung. ehe. Eh dah kenapa camtu? Sebabnya aku menghadapi kekeliruan sama ada aku betul-betul pregnant ke. Tapi seriously aku sangat yakin aku pregnant walaupun doktor dengan confident kata takkk sebab masa first scan tak nampak apa-apa! :') Naluri seorang ibu mungkin?

Sewaktu aku tahu aku pregnant Akid umur setahun 5 bulan, masa tu perasaan bercampur baur. Aku gembira aku pregnant lagi tapi dalam masa yang sama kesian dekat Akid sebab masih breastfeeding. Aku nak breastfeed sampai 2 tahun. Sejak tahu aku pregnant, aku dah sematkan dalam hati nak layan Akid dengan sayang yang melimpah ruah, overdose kata orang. Nak manjakan dia puas-puas. At least bila adik baby keluar, aku tak menyesal sebab tak layan overdose. ehe. Sekarang pun aku layan overdose tau, tapi nak bagi kasih sayang tu infinity untuk dia sorang sekarang ni. Fokus betul-betul kat Akid sebab nanti adik baby keluar, fokus dah terbahagi dua. Haa camtu.

Camne aku dapat tahu aku pregnant lagi?

Bila period dah lambat sangat. Tapi since period aku baru datang selepas akid umur cukup-cukup setahun 2 bulan, jadi aku macam tak pasti betul ke aku pregnant? Ke hormon tak stabil je? Jadi aku biarkan dulu sampai lah aku dikehendaki menjadi guru pengiring untuk lawatan sekolah ke FRIM. FRIM tu hutan simpan, so memang pergi sana masuk dalam hutan, treasure hunt, naik canopy walk, boleh dikatakan aktiviti yang lasak la. So, suami suruh buat test upt. In case memang positif aku pregnant, aku boleh tarik diri daripada join aktiviti tu.

24 Oktober 2015

First test UPT, suami beli UPT di farmasi. Malam terus test, naik double line tapi kabur sangat-sangat line satu lagi. So, sebab kawan aku pernah test, kabur jugak tapi tak pregnant. Aku masih tak percaya lagi. So biarkan dulu. Suami macam yakin aku pregnant. Aku cakap takpe, nanti test lagi.

28 Oktober 2015

Tinggal 2 hari lagi sebelum aku kena jadi guru pengiring ke FRIM. Kawan-kawan suruh test UPT lagi. Aku beli brand paling murah RM5.60 di watson, brand DISLOSURE. UPT tu berbentuk kaset. Balik rumah aku try test, double line tapi still kabur. Bezanya line kabur tu makin terang berbanding dengan first test yang aku buat. So, aku semakin yakin aku pregnant. Malam tu jugak kami ke klinik untuk scan, aku nak double confirm.

Double line
Satu line terang, satu line kabur


Sampai di klinik, aku cerita semuanya dekat doktor. Doktor terus cakap, jom kita scan. Bila scan, doktor kata rahim aku kosong je. Takde apa-apa, doktor cakap aku tak pregnant pun. Masa tu frust jugak sebab dah happy aku mengandung. Ingatkan ada la adik baby kan. :") Doktor cakap mungkin hormon je tu. Jadinya upt menunjukkan false positive. Sedih tapi entah kenapa aku rasa doktor tu silap. Aku yakin aku pregnant. Haa nak jugak. hihi. Doktor ada pesan, aku still kena sentiasa check in case memang betul-betul pregnant.

So, dengan yakinnya aku pergi ke FRIM. Aku memang serah segalanya kepada Allah. Tapi still, aku berhati-hati. Doa tak putus-putus. Jika ada nyawa dalam kandunganku, semoga Allah peliharakan.

5 November 2015

Aku still tak period lagi. Aku pergi FRIM hari tu penat tak hilang lagi. Dengan perut rasa cramp. So rasa makin yakin aku pregnant. huhu.Aku beli lagi UPT. Alhamdulillah double line lagi tapi dua-dua line sama terang! Aku tunjuk kat suami, suami cakap ye dah tu aku pregnant. ehe.

Double line
Dua-dua sama terang
Yang kali ni ambik gambar malam, lighting tak okay :)
Sepanjang tempoh menunggu confirmation ni, aku memang ada la baca-baca pengalaman orang. Aku boleh simpulkan, if korang test kabur, korang tunggu seminggu atau dua minggu kemudian, buat lagi UPT. If negatif, maksudnya yang korang buat first tu, mungkin false positive. If, korang buat seminggu atau dua minggu kemudian, line makin terang, maksudnya chance untuk korang pregnant memang cerah! Sebabnya, line makin terang memberi maksud bacaan HCG makin meninggi. HCG tu hormon yang dikeluarkan oleh plancenta. Memberi maksud juga kandungan korang membesar dengan baik. :)

InsyaAllah.

7 November 2015

Oleh sebab aku kurang menyabor untuk tahu betul ke aku pregnant ni oiii, aku ajak husband pi klinik sebab nak scan. Haha. Husband cakap lah,

"kita tunggu la dua minggu lagi, takut kecik lagi, nanti tak nampak, susah hati lagi."

Aku cam frust la tak dapat pergi. Tapi, hati memang nak sangat pergi. Pujuk punya pujuk, husband ok jela dengan idea aku ni. Haha. Petang tu jugak pergi klinik, sengaja aku tak kencing daripada zohor sebab nak bagi pundi kencing penuh. Tujuannya, bila pundi kencing penuh, senang la nak nampak ada ke tak baby dalam rahim. :)

Sampai klinik, aku memang tak tahan nak kencing. Nasib baiklah aku sorang je datang klinik tu, so lepas register terus masuk jumpa doktor. Doktor terus scan, and then kantung dah nampak :') Akid nak jadi abang dah. ehe. Tapi, baby belum nampak lagi. Still, aku puas hati sebab dah nampak progress kandunganku. Minggu lepas scan kan tak nampak apa-apa lagi. Doktor cakap ikut kiraan tarikh period sepatutnya janin dah berusia 8 minggu. Tapi mungkin sebab period aku tak stabil, kemungkinan janin tu belum lagi berusia 8 minggu sebab tu masih tak nampak. So, doktor suruh repeat scan lagi 2 minggu nak ukur saiz baby untuk kira umur sebenar janin.



P/s: Aku tulis mengenai pregnancy bertujuan untuk merekod segala kenangan. Untuk first pregnancy, aku tak menulis. Kenangan yang details, aku dah lupa. Sebab tu, di awal kandungan ni, aku terus tulis.

Hope boleh jadi panduan untuk sesiapa je yang membaca.

Setakat ni, aku maintain mengambil shaklee as a supplements sepanjang pregnancy aku. :)


Happy reading!