Iklan Jap!!

Thursday 5 November 2015

Bila anak nak berjalan??

Assalamualaikum!

Hai. Lama aku hutang entry ni. :) Hari tu aku promise nak ceritakan detik-detik Akid memulakan langkah untuk berjalan, tapi lama sangat dah hold untuk tulis berkenaan ni. Bersemangat nak tulis sebab aku tengok ramai yang baca entry "Takut Bila Anak Belum Merangkak?". So, sama la jugak cerita tentang berjalan, mesti semua nak baca kan. ehe. Lagipun, apa yang aku tulis sebab nak rekod all the experiences menjadi ibu. Mungkin jugak sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu di luar sana. Hopefully la. hiks!


Proses berjalan Akid cukup mudah even dia start berjalan lambat sedikit berbanding budak-budak yang sebaya dengannya. Akid mula berjalan start umur 1 tahun 3 bulan. Maksudnya baru dua bulan la aku duk mengejar-ngejar Akid yang nak panjat sofa, katil, tangga etc. Sekarang ni, Akid umur 1 tahun 5 bulan, berlari belum lagi la. Tapi, kalau jalan tu laju bukan main lagi. Joget-joget pun pandai. Haha.

29 Julai 2015 - His very first step! And he just can't stop walking all the days. Haha

Ceritanya, masa tu maghrib. Aku saje je la suruh dia berdiri and then, aku lepas dia. So, aku jarakkan kedudukan aku dengan dia. Slow-slow, aku panggil dia. Aku suruh dia datang dekat aku. Kalau tak silap, dua atau tiga kali aku panggil dia start melangkah dengan lajunya. So, lepas tu dia macam nak terjatuh lepas dah mula dua, tiga langkah. Lepas jatuh, bangun lagi. Jatuh lagi,bangun lagi. Sampai lah dia dapat melangkah dengan baik. Tapi, seriously, it takes times. Jangan assume, once dia dah start melangkah, dia terus melangkah dengan banyak dan stabil. Ambil banyak masa sebab tahap keberanian seseorang bayi tu tak sama tau. Macam Akid nampak macam teragak-agak nak melangkah. Takut jatuh la tuh. Ehe. Hari kedua, bila aku suruh berjalan dia taknak. Dia merangkak je the whole day. Aku ni macam geram la jugak sebab nak rekod video dia jalan. Tapi, dia taknak jalan la pulak. Haha. Kebetulan suami outstation, nak la hantar gambar bagi babah dia tengok dia berjalan kan. Tapi hampeh, memang satu hari tu dia tak berjalan! kahkah

Dan hari seterusnya dia sendiri bangun berjalan. Masa tu penat la ibu dia nak kejar. So, bagi ibu-ibu yang anaknya belum berjalan, jangan risau okay? Belum tiba masa mungkin? Mungkin baby korang nak manja-manja dukung-dukung lagi dengan korang. ehe. Once dia dah start berjalan, habislah dia dah taknak orang pegang lama-lama! Jadi rindu la pulak zaman dorang masih kecik. :)

Dulu masa Akid belum jalan tapi nampak budak sebaya dia dah berjalan, aku pun risau sangat-sangat. Selalu tanya husband, bila Akid nak jalan. Nak tengok dia jalan la apa la. Selalu google perkembangan bayi. Tapi, biasanya aku selalu baca yang babycenter tu. Korang try la baca kat situ, baca kat situ tenang siket hati. Sebab dia bagi fakta yang betul kan. Banyak kali entry babycenter menekankan bahawa perkembangan setiap bayi tidak sama! Lagi-lagi kalau bayi tu lahir pramatang, memang akan berlaku sedikit kelewatan berbanding budak lain. :)

Hopefully, pengalaman yang aku tulis sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran ibu-ibu tentang perkembangan anak masing-masing. :)



Happy reading!