Iklan Jap!!

Thursday 15 October 2015

Guna lirik lagu untuk buat essay!

Assalamualaikum.

Hi.

Dulu zaman aku sekolah, jadi teenagers yang sangat menggilai muzik inggeris, sangat mudah menghafal segala jenis lagu inggeris, relate kan dengan diri sendiri. Zaman baru nak up. Sesungguhnya merindui zaman dulu, tanpa teknologi yang teramat canggih. Dulu dengar lagu pakai walkman RM10 beli dekat pasar malam. Bawak ke hostel, kalau kena rampas, beli lagi. :) Memori betul. Simpan walkman celah dalam tilam, dalam tiang katil & banyak tempat lagi jadi mangsa tempat kami sorokkan walkman murah itu. Sorok daripada AJK asrama & warden. Ehe.

Dan sebab lagu inggeris, aku sanggup buat scrapt book tampal lirik lagu yang aku print. Kalau ada perkataan yang aku tak tahu maksud, check kamus. Beratus-ratus lirik lagu aku tampal. Dan lirik lagu juga aku alter menjadi sebuah karangan bahasa inggeris. Secara jujurnya, aku tak suka belajar inggeris di dalam kelas, ikut silibus. So, caraku melalui lagu. Aku fikir aku ni seorang manusia yang menjurus ke arah auditory person. kehkeh. Tapi, serously lirik lagu zaman dulu, zaman aku remaja memang sangat membantu untuk aku score bahasa inggeris. Lirik lagu sekarang, no komen. ehee.

Sebabnya, sejak aku mengandung aku stop dengar lagu. Tapi, dalam radio masa tengah driving tu tak dapat elak la. Yela, masa pregnant kan kita nak yang terbaik untuk anak. Bagi dengar mengaji. Tahan diri daripada dengar lagu padahal peminat tegar ni. aha. Alhamdulillah berjaya.

Tapi, 2,3 hari ni, terasa nak throwback sebab dalam radio terdengar dorang putarkan lagu lama-lama. Terus buka youtube. Search lagu lama-lama. Yang aku perasan, lagu-lagu lama, era 90an - awal 2000an, dorang punya lagu sangat penuh dengan motivation. Yes aku suka macam tu. Aku dengar vukan untuk lagho. Tapi aku suka dorang punya lirik, bukan penuh dengan cintan-cintan. Tapi sangat membantu untuk build innerspace seseorang tu. Remaja terutamanya. Contoh:


  1. What doesn't kill you make you stronger, Kelly Clarkson.
  2. Firework, Katy Perry.
  3. Skyscraper, Demi Lovato.
  4. The climb, Miley Cyrus.
  5. Save me, Simple Plan. - Dedicated to cancer survivor. :')
Ni contoh. Banyak lagi. Tapi, banyak penyanyi kat atas ni dah merepek dah lagu-lagunya. Bila aku tengok youtube, tengok komen, rupa-rupanya ramai yang tengah throwback, marathon lagu era zaman-zaman sebelum generasi sekarang ni :)

Oleh kerana kegigihan menghafal lagu & guna dalam exam, UPSR, SPM dapat A untuk English. MUET tak payah repeat. Sekali je ambik MUET :) 

Menulis ni sekadar berkongsi pengalaman sebab aku memang minat muzik, bukan tujuan untuk riak. 


Happy reading.