Iklan Jap!!

Tuesday 24 March 2015

Nak fully breastfeeding?

Assalamualaikum.

Hi. Hari ni nak cakap pasal topik breastfeeding memandangkan aku memang ibu yang fully support breastfeeding. Kalau pergi klinik, nampak tak poster banyak-banyak yang support breastfeeding? Haa aku macam tu la, semangat nak fully breastfeeding. Hee. Uols kan tahu banyak kelebihan breastfeeding bagi baby and ibunya jugak. Lagipun, susu ibu kan hak baby kita. So, we must try as much as we can to make sure our breast milk akan sentiasa melimpah ruah. Aminnn. :)

Untuk pengetahuan semua, aku fully breastfeeding sampai sekarang, anak aku dah umur 10 bulan. Yee aku tahu baru 10 bulan, tak sampai setahun jagung lagi tapi bagi aku dengan cara menulis dan berkongsi dengan korang semua akan menaikkan lagi semangat aku untuk increase my milk's production! Hopefully korang yang baca ni pun akan bersemangat nak breastfeed anak korang sampai umur dua tahun.

Aku sebenarnya takut.. sebab aku bukan breastfeeding mom yang simpan stok susu dalam peti ais. Aku cuma direct breastfeeding, aku tak pump susu, aku hanya DIRECT sahaja. Lagipun aku ibu yang bekerja. Pernah dengar tak orang cakap kena pump susu untuk tambah production susu? sebab tu aku takut. Hee. Tapi, aku sentiasa berfikiran positif bila orang mencadangkan aku pump susu. Aku bukan taknak pump tapi aku rasa membazir sebab baby aku taknak hisap sangat melalui botol susu. Kalau nak hantar nursery susu tu, nursery macam taknak terima sangat sebab leceh kan. I is sedih. Takpeee la. Sejak tu aku memang tak pump susu. Aku mengharapkan stimulate daripada mulut baby sahaja untuk tingkatkan production susu. InsyaAllah rezeki untuk baby aku berpanjangan. :)

Rahsia aku untuk maintain penyusuan adalah, aku akan sentiasa susukan baby aku setiap kali baby ada dengan aku. Masa cuti sekolah, oh aku seorang cikgu :), aku akan direct breastfeeding je. Tak bagi botol langsung. Ramai yang cakap jangan buat camtu sebab nanti anak taknak botol bila kembali ke nursery. Aku boleh buat derk je. hee. Bukan taknak terima pendapat orang, tapi sepert yang aku cakap tadi, aku kan tak pump, so dengan cara direct breastfeeding je aku dapat stimulate production susu. Alhamdulillah. Setakat ni, rezeki anak aku ada.

Even masa aku masuk hospital 3 hari, aku bawak anak aku duk sekali dekat Hospital Serdang. Masa tu aku nak operate apendiks. Baby aku umur 9 bulan masa tu. Doktor and nurse faham aku breastfeeding. So dorang benarkan aku duk dengan baby. Hospital kan mesra penyusuan susu ibu. Alhamdulillah. Dapat gak teruskan penyusuan.

Selain itu, untuk tambah susu badan, aku akan sentiasa tingkatkan pengambilan air masak seharian sebab aku perasan kalau time minum air tak cukup, mesti br**st tak bengkak. hihi. Air masak penting taw untuk ibu yang menyusu badan.

Satu lagi, rahsia aku untuk tambah dan maintain susu badan, aku minum ESP! Alhamdulillah susu pekat melimpah ruah. Allah bagi rezeki melimpah ruah untuk anak aku. ESP ni salah satu usaha untuk membantu tambah susu aku je. Yang penting Allah yang bagi rezeki. Tapi, kalau korang nak cuba berusaha dengan ESP takde salahnya sebab aku memang terasa berbeza bila tak minum ESP. Susu jadi cairrr.. boleh nampak perbezaan kaler susu. Hehe. Kenapa aku nak pekatkan susu aku? Sebab aku nak anak aku kenyang lebih cepat dan lama. So, bolehlah dia tidur cukup-cukup sebab dah kenyang. Aku rasa ESP sangat membantu aku dalam penyusuan. Alhamdulillah. Time aku tertinggal / tak minum seminggu, memang nampak susu jadi cair,

Kalau korang nak cuba ESP, boleh la nak tanya aku pun. Aku boleh explain panjang-panjang. Aku consume pun dah lama, boleh nampak kesan-kesan lain kat tubuh badan. Yang pasti memang best!

Aku harap aku mampu teruskan penyusuan sehingga anak aku umur 2 tahun. Bersemangat waja taw dak. Hee.



bye!


No comments:

Post a Comment