Iklan Jap!!

Friday 26 September 2014

Pengalaman Bersalin Secara Czer

Assalamualaikum semua.


         "Hardest yet most             beautiful experience i ever had"

 Statement kat atas ni betul-betul menggambarkan perasaan yang dirasakan sewaktu melahirkan Akid Sidqii, permata hatiku ini. Ya Allah, rasa bersyukur tak terhingga kerana diberi peluang untuk merasa nikmat mengandung serta bersalin. Yang paling best saya dapat rasa sakit kedua-dua jenis bersalin ni. hehe. Sakit bersalin normal pun saya rasa, sakit bersalin czer pun saya rasa.


Di sini saya nak cerita #throwback waktu bersalin hari tuh. Masih segar dalam ingatan perjalanan untuk melahirkan permata hati tetapi kalau nak ingat balik camne rasa sakit tuh memang tak dapat digambarkan dan tak dapat bayangkan macam mana sakit tu. Hanya orang yang melalui akan tahu rasa sakit bersalin camne. Tapi lepas je bersalin memang takde rasa takut pun untuk mengandung lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat.


19 Mei 2014

Hari ni cukup-cukup 40 minggu saya pregnant. Subuh, saya terjaga daripada tidur dan rasa macam ade keluar sesuatu je. So saya check ada macam cecair pekat campur warna coklat yang keluar. Saya google punya google tu adalah mukus vagina. Pagi tu saya ada check up di Klinik Desa. So nurse dah berdebar sebab saya tak bersalin lagi. Plus, dah ada keluar cecair coklat, menambahkan lagi kebimbangan nurse. Nurse mintak saya ke hospital besar untuk jumpa doktor. Saya ikutkan aje sebab risau jugak tak beranak lagi ni. hehe. Sampai hospital, doktor check bukaan. Baru 1 cm. So kena admit ward. Malam tu tidurlah kat hospital.


20 Mei 2014

Keesokkan paginya, sakit contraction still ada tapi ok lagi, tak kuat pun. Dan tanda bersalin lain pun takde lagi. Doktor nak bagi balik tapi sebelum tu doktor nak scan dulu. If ok dapat balik.
Bile scan baru tahu air ketuban betul-betul cket dah! Bacaan air ketuban 4.9 sahaja. Alamak, doktor cakap saya kena induce, paksa bersalin. Saya dah cuak yang amat sebab tahu induce tu sangat menyakitkan. Doktor sempat check bukaan 2cm dan doktor terus induce. Bila dah induce saya start rasa contraction yang sangat menyakitkan. Hanya Allah yang tahu. Suami datang melawat dan teman setiap masa kot. Tu je yang menguatkan saya. Sakit contraction makin lama makin kuat tapi bukaan still 2cm. Tapi tahap sakit makin sakit. So doktor masukkan ubat (induce) lagi sekali sebab saya memang kena bersalin jugak because of air ketuban yang tak cukup! Doktor bagitahu kalau bukaan dah 3 cm saya akan terus masuk labor room (i'm nervous!).

Contraction semakin kuat. Sakitnya Allah yang tahu. Sampai nak solat berdiri tak boleh tahan. Solat duduk je. Tu pun dah rasa tak selesa.


21 Mei 2014

Tepat Jam 4 petang saya dah tak tahan contraction, nurse check bukaan dah 3cm. Saya terus diminta untuk sediakan pakaian baby. Saya ditolak ke labor room. Doktor suruh call husband untuk bagitahu saya dah masuk labor room. Contraction makin kuat.

Sampai labor room salin pakaian dan doktor pecahkan air ketuban saya. Doktor drip ubat induce kat tangan pulak. Sakit makin bertambah. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Suami dah masuk masa tu. Saya bagitahu sakit. Bacaan contraction makin bertambah. Nurse urut perut saya. Bila check bukaan masih 3cm walaupun contraction tinggi yang amat. Doktor cakap kebiasaannya anak pertama akan ambil masa 1 jam untuk 1cm. Tapi suami lah yang banyak bagi semangat. Mama saya tunggu kat luar.


22 Mei 2014

Tepat pukul 12.30 a.m bukaan dah 9cm, doktor suruh teran. Saya teran tapi macam tersekat. Banyak kali try tapi tak dapat. Doktor kata takpe kite tunggu fully jalan bukak. Bila contraction datang saya teran lagi tapi tak dapat. Tambahan lagi saya dah takde tenaga. Last sekali saya makan pada pukul 1.30 pm (21 Mei). Makan pun tak kenyang sebab tengah sakit.

Dah setengah jam tapi tak keluar lagi permata hatiku.

Doktor decide untuk vakum. Tapi suami saya bantah sekeras-kerasnya. Kami tahu risiko vakum, so kami memang tak berani untuk terima apa-apa risiko. Suami cakap nak czer je. Kami lebih rela czer than vakum. Doktor macam tak bagi tapi last-last setelah dipujuk, barulah doktor setuju untuk czer.

Masuk dalam OT banyak lah kisahnya.

Lastly, saya terdengarlah tangisan anak saya pada pukul 3a.m. Alhamdulillah. Berat 4.11kg. That's why susah sangat nak keluar. Dan mujur czer sebab kalau vakum jugak tadi, bahu baby akan tersangkut sebab baby besar. So doktor akan patahkan bahu baby untuk keluarkan baby.

Doktor datang jumpa suami saya dan cakap,

"Mujur awak tak bagi saya vakum. Saya pun was-was jugak untuk vakum"

"Kalau doktor vakum tadi, apa yang akan berlaku?"

"Bahu baby mungkin akan tersekat. Kita terpaksa patahkan bahu baby untuk babay keluar"


I was like, NAK MENANGIS sebab baby selamat. huhu. Alhamdulillah.

Oh btw, saya memang scan sehari sebelum, berat baby hanya 3.4 kg. Kuasa Allah mengatasi teknologi. Teknologi tak dapat detect pun baby saya besar even scan di tempat yang berlainan. Setiap tempat dan klinik yang saya scan memang detect berat 3.4kg sahaja.

ALLAHUAKBAR!

No comments:

Post a Comment