Iklan Jap!!

Wednesday 24 September 2014

Kurang kalsium semasa hamil dan selepas bersalin?

Assalamualaikum semua.

Saya sekarang ni tengah sakit gigi. Dah jumpa doktor beberapa kali since last month tapi doktor cakap gigi nampak ok. Takde lubang-lubang / rosak. I was like.. errr ok tapi kenapakah gigiku masih lagi sakit? huhu. Berdenyut-denyut pulak tuh. So, I made a conclusion. KURANG KALSIUM!

Teringat masa awal-awal pregnant dulu, saya selalu sangat sakit gigi kalau skip minum susu / pil kalsium! Setiap kali sakit saya baru teringat nak minum susu. Saya ni memang amatlah culas untuk minum susu, pil kalsium yang senang tu pom susah nak ingat untuk telan! huhu

Sepanjang pregnant banyak sangat gigi kena tampal sebab tiba-tiba gigi banyak pecah. Kurang kalsium la tuh maksudnya. Biasa lah time kita pregnant ni kalsium yang kita ada dah kena serap oleh si kecik dalam perut kan. hehe. Jadi, saya dengan tegasnya nak bagitau pengambilan susu / pil kalsium sangat lah penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan gigi kita rongak. hihi

Ni ada sedikit info untuk dikongsikan bersama:

Kesan kekurangan Kalsium

Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita

Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.
Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.
Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Pil Kalsium: OSTEMATRIX.

Selain itu, ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari. Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari? Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.

2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.


So, kalau sesiapa nak consume pil kalsium shaklee ni boleh la contact saya ye. Boleh la share pengalaman time pregnant kan?





No comments:

Post a Comment