Iklan Jap!!

Monday 22 December 2014

Tips Mudah Atasi Bengkak Susu Bagi Ibu Menyusu


Assalamualaikum.

Bengkak susu.

Perkara yang saya amat takuti sebab memang sakit sangat. Setakat ni saya dah dua kali mengalaminya tapi Alhamdulillah tidak berpanjangan. Kadang-kadang tak sampai sehari pun. Tapi trauma jugak kalau dah sekali kena. Hehe

Sebab terjadinya bengkak susu adalah susu yang memenuhi ruangan breast tidak dikeluarkan daripada breast menyebabkan breast akan menjadi bengkak dan sakit. Badan kita akan menghasilkan susu mengikut keperluan si manja kita dan mengikut kebiasaan kita menyusu. Jika selalunya kita kerap menyusu, tetapi pada hari tersebut kita kurang atau tidak menyusu langsung, ia akan mengundang kepada breast yang bengkak dan menjadi tidak selesa.

Sebagai contoh pengalaman saya, saya kebiasaannya akan direct breastfeed semasa berada bersama anak, Bila saya mula bekerja, saya tidak dapat breast feeding seperti kebiasaannya. Ini menyebabkan breast saya bengkak kerana susu telah memenuhi ruangan breast. Selepas itu, jika saya masih lagi tidak memberikan susu kepada anak, breast akan mula terasa sakit apabila disentuh. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Selalunya, kita tahu bahawa bengkak susu boleh menyebabkan demam kan? Saya mempunyai rakan yang terpaksa dibedah kerana bengkak susu. Susu yang ada di dalam breast telah mengeras dan menyebabkan nanah memenuhi ruangan breast. Allahuakbar. Semoga kita dijauhkan daripada semua ini.

Cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini?

Anda haruslah memberikan bayi anda susu supaya bengkak tersebut akan berkurangan seterusnya memberikan kelegaan kepada anda. Saya selalu cakap dekat anak, "Tolong ibu habiskan susu ye.. ibu sakit ni". hehe. Lepas tu anak saya terus la bantu ibu dia ni. Alhamdulillah kebanyakkan bengkak susu saya akan diatasi kurang daripada sehari.

Bengkak susu anda masih tidak berkurangan sekalipun anda telah memberikan bayi anda susu? Nanti saya akan kongsikan cara paling mudah dan berkesan untuk anda atasi masalah ini,

Sebelum tu saya nak kongsikan beberapa cara tradisional untuk mengurangkan gejala bengkak susu.


Atasi bengkak susu menggunakan cara tradisional & moden.

  1. Susukan bayi anda dengan lebih kerap supaya breast menjadi lembut dan melegakan.
  2. Letakkan tuala panas pada breast anda supaya memudahkan pengeluaran susu.
  3. Sekiranya anda rasakan breast anda terlalu penuh, gunakan pam untuk mengeluarkan susu.
  4. Gunakan sikat dan sikat pada breast secara perlahan-lahan ke arah areola (bahagian gelap pada breast)
  5. Akhir sekali, anda boleh mengatasi masalah ini dengan pengambilan Lecithin.

Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu

  1. Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
  2. membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu. Bonusnya, anda boleh menurunkan berat badan selepas bersalin!
  3. Menyumbang kepada ingatan yang lebih kuat. Kebiasaannya, ibu lepas bersalin menjadi pelupa.
  4. Memberikan khasiat lecithin secara langsung kepada bayi melalui susu ibu,yang mana ianya bagus untuk perkembangan otak bayi. 



Diharapkan artikel ini boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana yang mengalami maslaah bengkak susu. Selain itu, diharapkan ia boleh menjadi rujukan untuk bakal-bakal ibu supaya bersedia sekiranya berhadapan dengan masalah ini.

Kawan-kawan boleh hubungi saya untuk FREE CONSULTATION.
Jika anda mempunyai soalan, insyaAllah saya akan cuba untuk jawab dengan sebaik mungkin.

Call / Wassap : 
Asma || 016-9215926

No comments:

Post a Comment